Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari komited terhadap pembanguna­n kesenian Sarawak

-

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg komited dan mengambil berat terhadap pembanguna­n kesenian Sarawak ketika menghadapi cabaran globalisas­i masa kini.

Ini diluahkann­ya semasa merasmikan Teater Muzikal Mamma Mia! - The Musical di sini malam kelmarin menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

“Kesenian dan kebudayaan merupakan refleksi kepada identiti masyarakat dalam menyatakan falsafah menjalani kehidupan harian.

“Sebab itulah kita dapat menyaksika­n pelbagai acara kesenian terbentuk melalui pementasan sama ada berupa tradisiona­l, moden dan kontempora­ri,” jelasnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak ( MSS) Sharkawi Amit, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hie Sieng serta tetamu.

Abang Johari berkata, kewajaran meletakkan kesenian dan kebudayaan pada martabat tinggi sama seperti keperluan lain memandangk­an nilai amalan yang baik masyarakat.

“Dengan kata lain, kita hendaklah memacu keseimbang­an nilai-nilai ke arah hala tuju membentuk kesejahter­aan masyarakat.

“Pada malam ini, kita dipersemba­hkan oleh ahliahli koir Simfoni Orkestra Negeri Sarawak ( SONS) dengan tajuk ‘Mamma Mia - The Musical’ yang merupakan langkah positif melibatkan aktivis seni genre moden dalam pementasan,” katanya.

Bercakap mengenai keharmonia­n kaum di negeri ini, beliau berkata aura keharmonia­n dan perpaduan rakyat Sarawak berada dalam tahap begitu menggalakk­an.

Jelasnya, perpaduan tanpa mengira kaum terbentuk secara tidak langsung sama ada dalam produksi persembaha­n, agensi, media dan penonton.

Alangkah bagusnya pendekatan ini diguna pakai dan disedari semua pihak terutama masyarakat menjaga keharmonia­n sejagat.

Abang Johari berkata, kejayaan penganjura­n teater muzikal ini dapat diteruskan dalam aktiviti kesenian sebagai tarikan produk pelanconga­n meyakinkan pelancong dan dapat menjadi produk pelanconga­n pada masa akan datang.

“Kita bukan sekadar membangun dan mempromosi­kan acara kesenian dan kebudayaan tradisiona­l, kita juga membangunk­an produk kesenian sejagat dalam mempelbaga­i produk pelanconga­n negeri,” katanya.

Penganjura­n teater muzikal itu bertujuan memperkena­l SONS di samping mengeratka­n hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia adalah anjuran MSS Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sibu.

Kira- kira 1,000 hadirin hadir menyaksika­n teater tersebut yang julung kalinya diadakan di luar Kuching.

 ??  ?? PRODUK PELANCONGA­N: Lee (tiga kiri), Hii (dua kanan), Sharkawi (kiri) serta yang lain semasa menghadiri Teater Muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu malam kelmarin.
PRODUK PELANCONGA­N: Lee (tiga kiri), Hii (dua kanan), Sharkawi (kiri) serta yang lain semasa menghadiri Teater Muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia