Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan sekolah daif, pembanguna­n luar bandar wajar diberi perhatian

-

SARIKEI: Kemudahan sekolah terutama sekolah daif dan pembanguna­n luar bandar lain wajar diberi perhatian khusus oleh kerajaan persekutua­n diterajui Pakatan Harapan (PH).

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata dalam merealisas­ikan matlamat ini, kerajaan persekutua­n dan negeri perlu bekerjasam­a dalam perkara ini.

“Jika kita lihat di negeri ini masih banyak sekolah daif terutama di kawasan pedalaman memerlukan perhatian dan langkah drastik menaik taraf segala kelengkapa­n bagi mengimbang­i keadaan dan kemudahan seperti terdapat sekolah-sekolah di bandar.

“Isu ini sewajarnya tidak dipolitikk­an kerana sekolah terbaik, selesa, lengkap dan mempunyai kemudahan terkini sudah pasti mampu melahirkan generasi muda berkualiti.

“Justeru, kita harap kerajaan pusat bekerjasam­a dengan kerajaan negeri menaik taraf kemudahan sekolah di Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew Sare menggunaka­n Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) di sini semalam.

Projek sekolah IBS itu bernilai RM2.3 juta dan diusahakan bekas Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman.

Bangunan baharu dibina dalam tempoh empat bulan itu bukan sahaja mempunyai enam bilik kelas tetapi dilengkapi dengan kemudahan elektrik, bilik kelas, perabot dan lain-lain.

Menurut Len, Kerajaan Sarawak amat serius membangunk­an prasarana pendidikan kerana mahu melahirkan lebih ramai generasi muda berilmu, kreatif, inovatif dan memiliki minda kelas pertama.

“Keseimbang­an sekolah luar bandar dan kawasan bandar perlu diberikan perhatian segera kerana kita tidak mahu generasi muda di kawasan-kawasan pedalaman terus ketinggala­n.

“Dalam menjayakan usaha ini, kerjasama semua pihak amat penting dan tidak hanya mengharapk­an satu pihak untuk berusaha,” jelasnya.

Pada majlis sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu turut menyampaik­an sumbangan RM2,500 bagi membantu pengurusan majlis.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Penolong Pegawai Pendidikan Sarikei Faustino Frederick Empran, Pengurus Projek Jabatan Kerja Raya Sibu David Wong, Pengurus Erakristal Sdn Bhd Mohd Amin Adenan dan Guru Besar SK St Andrew Angkau Raieng.

 ??  ?? RASMI: Len (empat kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew Sare menggunaka­n IBS di Sarikei semalam.
RASMI: Len (empat kiri) menyempurn­akan Majlis Perasmian Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew Sare menggunaka­n IBS di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia