Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung, adakan serentak pesta etnik miliki persamaan tradisi, kebudayaan, makanan

-

KUCHING: Institut Pembanguna­n Sarawak ( SDI) disaran menggabung dua atau tiga pesta etnik di Sarawak yang mempunyai persamaan tradisi, kebudayaan atau makanan untuk diadakan sekali bersama.

Presiden Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Malaysia ( FORUM) Antonio Kahti Galis berkata demikian kerana percaya masih banyak tradisi dan kebudayaan masyarakat di Sarawak yang perlu ditonjolka­n kepada umum.

“Saya menggalakk­an SDI meneruskan usaha ini supaya himpunan perayaan dapat dilakukan serentak suku kaum yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang menyerupai satu sama lain dari segi makanan dan sebagainya.

“Banyak lagi kebudayaan dan tradisi yang belum ditonjolka­n lagi di Sarawak, tambahan lagi masyarakat di sini begitu mengagumka­n kerana saling hormat-menghormat­i, bersatu padu dan harmoni walaupun berbeza bangsa dan agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan- Makan Sarawak Pesta Orang Ulu 2018, Sabtu lepas.

Tambah beliau FORUM merupakan persatuan Orang Ulu yang meliputi etnik Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Bisaya, Kelabit, Penan, Berawan, Saban dan Longkiput di sini.

Beliau turut menyuaraka­n rasa gembira melihat sambutan yang luar biasa daripada generasi muda yang menunjukka­n kesungguha­n untuk mempelajar­i serta mengenali kebudayaan dan tradisi etnik lain di sini.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) Datuk Aloysius Dris berkata pesta berkenaan merupakan siri terakhir yang akan diadakan pihaknya pada tahun ini.

Namun akan merancang program dan majlis yang menyerupai pesta berkenaan dengan sedikit kelainan pada penganjura­n seterusnya.

Bermula 2015, pihaknya mula menganjurk­an Pesta Deepavali, seterusnya Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Melanau. Pesta Orang Ulu merupakan yang keenam dianjurkan pihaknya.

Turut hadir Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon, Timbalan Pengerusi FORUM Ipoi Datan dan Ahli Lembaga Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) Temenggung Austin Dimin.

 ??  ?? ALBUM: Antonio (lima kanan), Aloysius (lima kiri) dan jemputan lain bergambar kenangan pada Majlis Makan-Makan Sarawak Pesta Orang Ulu 2018 di Dewan DBNA, lewat petang kelmarin.
ALBUM: Antonio (lima kanan), Aloysius (lima kiri) dan jemputan lain bergambar kenangan pada Majlis Makan-Makan Sarawak Pesta Orang Ulu 2018 di Dewan DBNA, lewat petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia