Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan pembanguna­n melibatkan kesejahter­aan Sarawak pasti terbantut andai parti luar tadbir negeri ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pelan pembanguna­n melibatkan kesejahter­aan Sarawak pasti terbantut andai parti luar yang mentadbir negeri ini.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tiada parti lain selain parti yang diuruskan anak tempatan mampu memahami keadaan sebenar kita.

Maka itu katanya, pendekatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) keluar Barisan Nasional (BN) adalah untuk memastikan Sarawak dibangunka­n mengikut acuan sendiri.

“Sarawak perlu ditadbir rapi supaya rakyat tidak terus ketinggala­n berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia.

Sarawak perlu ditadbir rapi supaya rakyat tidak terus ketinggala­n berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

“Dari Telok Melano hingga Lawas, secara amnya pembanguna­n fizikal kita agak ketinggala­n berbanding negeri-negeri lain kerana saiz dan keadaan muka bumi negeri kita yang sangat luas. Ia fakta yang tidak dapat dinafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ibadah Korban anjuran Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Sarawak Energy dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Rampangi Fasa 1 di sini, kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga naib presiden PBB menggesa setiap lapisan masyarakat di negeri ini terus memberi sokongan padu kepada anak tempatan.

“Hanya anak tempatan sahaja yang tahu naluri dan keinginan rakyat negeri ini,” ujarnya.

Mengenai cadangan pembukaan Kampung Rampangi Fasa 3, beliau berkata ia adalah rancangan untuk memberi peluang kepada generasi kedua.

“Anak- anak yang sudah berumah tangga dan tidak berpeluang memiliki rumah sendiri mendapat tapak tanah untuk mendirikan rumah menerusi rancangan ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Abdul Rahman mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk Kampung Rampangi Fasa 1 pada Majlis Ibadah Korban di Kuching, kelmarin.
TERIMALAH: Dr Abdul Rahman mengagihka­n daging korban kepada salah seorang penduduk Kampung Rampangi Fasa 1 pada Majlis Ibadah Korban di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia