Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama PMM dengan persatuan kaum lain, wakil rakyat Miri dihargai

-

MIRI: Persatuan Melayu Miri ( PMM) melancarka­n Perayaan Ulang Tahun Ke-60 di premisnya, Jalan Kipas di sini semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Pelancaran disaksikan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dan ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting.

Lee berterima kasih kepada PMM atas kerjasama erat dan hubungan mesra dengan persatuan kaum-kaum lain serta wakil-wakil rakyat yang memimpin Miri selama ini.

“Di Miri, saya berasa bangga kerana kita mempunyai masyarakat yang begitu baik. Meraikan perayaan bersama, berganding bahu, tolongmeno­long tidak membezakan kaum dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk Miri diminta mengekal dan memperkuku­hkan semangat perpaduan, muhibah dan harmoni demi pembanguna­n bandar raya Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu percaya PMM dapat membantu menghidupk­an industri pelanconga­n Miri melibatkan kerjasama pihak berkuasa di sini.

“Persatuan boleh menyumbang ke atas pembanguna­n pelanconga­n kerana Miri adalah bandar raya pelanconga­n.

“Sambutan ulang tahun PMM boleh dijadikan satu acara tarikan pelanconga­n di Miri,” jelasnya.

Sempena pelancaran, PMM menerima geran berjumlah RM40,000 iaitu RM10,000 masing-masing daripada Lee, Rosey, Lukanisman dan Ting.

Majlis menyaksika­n penyampaia­n insentif pelajar cemerlang dan sijil penghargaa­n kepada ahli berusia 80 tahun dan ke atas.

Hadir sama Yang Dipertua PMM Radzali Alision, Setiausaha Politik Ketua Menteri Julani Mokhtar dan Sharkawi Suhaili, Presiden Persatuan Melanau Miri Datu Alexander Maiyor, Presiden Persatuan Jatti Meirek Miri ( PJMM) Datuk Abdillah Abdul Rahim dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Julaihi Mohamad.

 ??  ?? RASMI: Lee (lima kanan) bersama tetamu menunjukka­n banting Perayaan Ulang Tahun Ke-60 PMM sebagai simbolik perasmiann­ya di Miri semalam.
RASMI: Lee (lima kanan) bersama tetamu menunjukka­n banting Perayaan Ulang Tahun Ke-60 PMM sebagai simbolik perasmiann­ya di Miri semalam.
 ??  ?? LANCAR: Mohd Sany (dua kanan) bersama Fadillah (kanan) dan Taqiuddin pada pelancaran Pemuda AMANAH Sarawak di Sibu.
LANCAR: Mohd Sany (dua kanan) bersama Fadillah (kanan) dan Taqiuddin pada pelancaran Pemuda AMANAH Sarawak di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia