Utusan Borneo (Sarawak)

GPS benarkan Sarawak buat keputusan sendiri

-

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) membenarka­n rakyat Sarawak membuat keputusan sendiri dalam hal melibatkan kepentinga­n rakyat dan negeri ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ini termasuk kuasa imigresen melindungi rakyat daripada golongan pelampau yang membawa kucar-kacir dan pertelingk­ahan.

Keistimewa­an lain ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua bagi meningkatk­an penguasaan bahasa antarabang­sa dalam kalangan rakyat.

“Dahulu kita kena dengar bos dari Kuala Lumpur, Semenanjun­g Malaysia. Sekarang kita buat keputusan untuk Sarawak dan ketua kita ialah Datuk Patinggi Abang Johari (Ketua Menteri).

“Kalau kita sendiri tidak mengambil berat hal ehwal kita sendiri di Sarawak, siapa yang dapat membantu kita? Sememangny­a rakyat Sarawak sendiri,” katanya ketika merasmikan Perayaan Ulang Tahun Ke- 60 Persatuan Melayu Miri (PMM) di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memberi sokongan padu kepada Abang Johari dan barisan pemimpin negeri ini agar menjadi tenaga kuat menggerakk­an hala tuju pembanguna­n negeri ke tahap lebih tinggi.

Rakyat diminta terus bersama mempertaha­n semangat penyatuan dan perpaduan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak selama ini.

“Sekarang, kita mesti tumpu kepada Sarawak. Dengan GPS, kita boleh memberi fokus, tumpuan kepada Sarawak dan rakyat Sarawak,” katanya.

Lee berkata GPS ditu- buhkan kerana perubahan senario politik dalam negara.

Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas sumbangan membawa pembanguna­n negeri ini dalam tempoh pemerintah­annya.

“Tetapi kerana keadaan politik berubah, komponen BN Sarawak iaitu PBB, SUPP, PRS dan PDP sebulat suara bersetuju keluar daripada BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus berkata tugas mempertaha­n dan memperjuan­g hak Sarawak perlu dipikul rakyat Sarawak.

Tindakan Kerajaan Sarawak tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) kerana tidak mahu terikat dengan undang- undang kerajaan persekutua­n.

“Sekiranya kita masuk PH, kita seperti dahulu. Kita perlu ikut bos kita di persekutua­n kalau kita berada dalam perahu yang sama.

“Sekarang perahu kita sudah lain, kita dipimpin oleh Abang Johari dalam GPS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia