Utusan Borneo (Sarawak)

Keahlian Parti AMANAH Sarawak menunjukka­n peningkata­n drastik

-

SIBU: Keahlian Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak menunjukka­n peningkata­n drastik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei lalu.

Ketua Pemuda AMANAH Sarawak Mohamad Fadillah Sabali berkata pada Julai lalu keahlian AMANAH di negeri ini melonjak sebanyak dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan.

“Sebelum PRU14, keahlian kami hanya kira- kira 400 orang namun jumlah itu meningkat secara drastik selepas kemenangan PRU14 iaitu kira- kira 800 orang pada Julai lalu.

“Itu adalah keahlian yang telah diluluskan manakala keahlian masih dalam proses diluluskan seramai 700 orang,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Sany Hamzan di sini malam kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Taqiuddin Cheman.

Menurut Fadillah yang juga bekas calon Parlimen Tanjung Manis PRU14, daripada jumlah itu 40 peratus merupakan ahli yang berumur bawah 40 tahun.

Justeru, beliau berharap kepimpinan AMANAH peringkat tertinggi mempertimb­ang meletak 100 peratus calon orang muda di semua 13 kerusi AMANAH pada PRN12 akan datang.

“Pemuda sememangny­a diperlukan dalam AMANAH kerana kita adalah parti masa depan.

“Oleh itu, kita harap semua 13 kerusi AMANAH pada PRN akan datang diwakili 100 peratus orang muda.

“Ini bagi memastikan suara kita menjadi lebih kuat di dewan negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Mohd Sany yang juga ADUN Taman Templer mengingatk­an ahli AMANAH di Sarawak terutama pemuda supaya berkhidmat kepada rakyat dengan penuh amanah.

“Jangan ego, sombong, berlagak, bongkak dan tinggi diri. Jika ada pihak tertentu atau daripada pembangkan­g datang meminta bantuan daripada kita, kita harus bantu... jangan sombong.

“Sebab kita kini adalah kerajaan,” katanya.

Pada majlis sama, Mohd Sany turut menyempurn­akan simbolik pelancaran Pemuda AMANAH Sarawak sambil disaksikan kira-kira 50 hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia