Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong PKR DUN Mulu, Marudi Telang Usan diminta bekerja keras

-

MIRI: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Baram meliputi Mulu, Marudi dan Telang Usan digesa bekerja keras memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata Baram merupakan salah satu bahagian terkuat PKR di Sarawak, justeru beliau amat yakin akan memenangi PRN itu nanti.

“Pada PRN lalu, PKR kalah kepada Barisan Nasional (BN) di semua kerusi justeru kali ini kita mesti gandakan usaha memenangi semua kerusi tersebut.

“Bukan itu sahaja, malah sekiranya PKR di semua konstituen­si bekerjasam­a kita dapat menawan Petra Jaya ( Kuching),” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PKR Baram di Hotel Telang Usan, Sabtu lalu.

Dr Teo turut menzahirka­n sokongan kepada Pengerusi PKR Baram Roland Engan untuk bertanding lagi di salah satu daripada tiga kerusi tersebut.

Katanya meskipun Roland kalah tiga kali pada PRU13, PRN11 dan PRU14 namun beliau optimis Roland menang sekiranya diberi peluang bertanding sekali lagi pada PRN12.

“Kita mahu Roland menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN),” katanya.

Terdahulu, Roland dalam ucapannya mengucapka­n tahniah kepada ahli parti yang menunjukka­n prestasi cemerlang pada PRU14 lalu.

“Walaupun PKR kalah kepada BN namun jumlah pengundi menyokong parti ini menunjukka­n peningkata­n berbanding pilihan raya lalu.

“Sehubungan itu, saya menyeru lebih ramai penduduk di Baram mendaftar sebagai ahli PKR sekurangku­rangnya 5,000 keahlian sebelum PRN akan datang,” katanya sambil menambah, setakat ini lebih 2,000 ahli berdaftar dengan PKR Baram.

Kira-kira 100 ahli PKR hadir pada AGM semalam.

Sementara itu, mesyuarat tersebut menyaksika­n Roland mengekalka­n jawatan tanpa bertanding sebagai ketua PKR Cawangan Baram.

 ??  ?? BERSEDIA: Roland (duduk enam kiri) bersama barisan jawatankua­sa pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cawangan Baram kelmarin.
BERSEDIA: Roland (duduk enam kiri) bersama barisan jawatankua­sa pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cawangan Baram kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia