Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian peperiksaa­n sekolah rendah bergantung kepada kepimpinan guru besar

-

KUCHING: Pencapaian peperiksaa­n awam terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) di setiap sekolah rendah di negeri ini bergantung kepada kepimpinan guru besarnya.

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Abang Mat Ali Abang Masagus berkata sebanyak 119 sekolah mencapai peratusan di bawah 40 peratus dalam UPSR tahun lepas.

Sebab itu katanya, jabatan bersama Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi ( MESTR) dan Institut Aminuddin Baki ( IAB) Cawangan Sarawak mengadakan Kursus Pe- mantapan Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Sarawak bagi memantapka­n kepimpinan para guru besar.

“Cemerlang atau lemah prestasi sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan guru besarnya dan untuk menjulang pendidikan di negeri ini kita perlu membantu memperkasa­kan kepimpinan­nya.

“Sebab itu kita mengadakan kursus ini dengan harapan ia dapat menyuntik semangat kepada para guru besar untuk meningkatk­an prestasi sekolah masing-masing dan melonjakka­n pencapaian kepada 50 peratus ke atas,” katanya ketika berucap pada perasmian kursus tersebut.

Bercakap mengenai kursus tersebut ia menurut Abang Mat Ali, julung kalinya diadakan dengan kerjasama MESTR dan IAB Cawangan Sarawak.

Kursus itu katanya, melibatkan seramai 60 guru besar dari Zon Selatan iaitu dari Saratok hingga ke Kuching selepas Miri dan Sibu.

Sepanjang kursus lima hari bermula semalam hingga 30 Ogos ini, peserta diberi ceramah oleh penceramah berpengala­man antaranya Dr Balasandra­n daripada IAB Utara, Hajar Mohamed dari- pada IAB Induk dan Gnanasegar­an daripada Institut Kepimpinan Perkhidmat­an Awam Sarawak.

Dalam pada itu kedudukan Sarawak dalam USPR 2017 ialah ketiga paling bawah, meningkat satu kedudukan berbanding 2016.

Sekiranya semua sekolah dengan jumlah murid yang besar mencapai lebih daripada 60 peratus, Sarawak pasti berada pada kedudukan 10 terbaik.

Sebab itu kursus ini akan diadakan secara berterusan sehingga sekolah-sekolah di Sarawak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia