Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu diberikan kebebasan mengamalka­n agama dan bahasa

-

MIRI: Kebebasan beragama dan bertutur dalam pelbagai dialek bukanlah dilihat sebagai keistimewa­an tetapi lebih kepada menghormat­i hak masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata rakyat perlu diberi kebebasan untuk mengamalka­n agama dan menggunaka­n pelbagai bahasa tanpa ada rasa keraguan.

“Seperti di Sarawak, kita hidup dalam suasana harmoni dan aman damai dengan menghormat­i rakyat yang mengamalka­n budaya, agama serta bertutur dengan bahasa ibunda masing-masing.

“Selain bahasa Malaysia, bahasa Inggeris juga menjadi bahasa rasmi kedua yang kita gunakan di agensi- agensi kerajaan termasuk di hospi- tal,” jelasnya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin itu berkata isu berhubung penggunaan bahasa lain sesebuah agensi kerajaan seperti hospital tidak perlu diperbesar­kan atau dijadikan bahan politik.

Lee berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan Kementeria­n Kesihatan Pakatan Harapan terhadap aduan berkaitan penggunaan bahasa Mandarin dalam kalangan pengamal perubatan ketika proses pembelajar­an di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Katanya, pengamal perubatan terbabit mungkin mahu memberi penjelasan terperinci agar lebih difahami bukan sahaja dalam kalangan mereka malah memudahkan pesakit menggunaka­n bahasa tersebut memahami penerangan.

“Ada kalangan kita faham bahasa Malaysia atau Inggeris tetapi tidak 100 peratus faham terutama melibatkan terma perubatan, jadi tidak salah rasanya menjelaska­n menggunaka­n bahasa lain agar mudah difahami semua pihak,” jelasnya.

Terdahulu, Lee merasmikan upacara menyalakan lilin di Pertubuhan Dusum Khyenpa Kagyuo Dharma Miri di Krokop 10, di sini semalam.

Upacara berkenaan sempena perayaan hantu atau perayaan Zhong Yuan yang jatuh pada malam ke-15 pada bulan lunar ketujuh setiap tahun.

Upacara itu dimulakan dengan acara bersembahy­ang oleh sekumpulan sami yang didatangka­n khas dari Nepal, sebelum Lee serta tetamu menyalakan lilin di tempat pemujaan. KUCHING: Keturunan Ningkan atau Ningkan Clan terutama yang menetap di bandar raya ini menziarahi beberapa pusara insan tersayang mereka yang disemadika­n di Perkuburan Anglikan di Batu Kitang, St. Thomas dan Tabuan Dayak.

Program ziarah pusara tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti Ningkan Clan sempena majlis makan malam pertemuan semula yang dijadual pada 1 September depan di The Banquet dekat sini.

Sebagai tambahan, kejohanan boling juga akan diadakan pada 31 Ogos ini antara ahli-ahli Ningkan Clan.

Majlis makan malam pertemuan kali ini merupakan yang ketujuh pernah diadakan pada setiap dua tahun sekali bermula pada 2006 di bandar raya ini diikuti Betong dan Miri.

Pengerusi bersama Paul Murphy Ningkan yang juga merupakan anak kepada Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan berkata keturunan Ningkan kini ham- pir mencecah 400 orang.

Bertemakan ‘ Begulai Betemu Baru’ , majlis ini merupakan masa terbaik untuk mereka memperkuku­hkan hubungan persaudara­an dan mengenali antara satu sama lain terutama pertam- bahan keluarga baru.

Ahli- ahli Ningkan Clan katanya, boleh dijumpai di hampir semua bahagian di Sarawak, Singapura, Semenanjun­g Malaysia, Sabah, United Kingdom, Kanada dan Australia.

 ??  ?? BANTU: Anggota bomba turut membantu aktiviti gotong-royong membersih kawasan persekitar­an IPD Bintulu.
BANTU: Anggota bomba turut membantu aktiviti gotong-royong membersih kawasan persekitar­an IPD Bintulu.
 ??  ?? TANDA HORMAT: Lee menyertai upacara penyalaan lilin pada majlis anjuran Pertubuhan Dusum Khyenpa Kagyuo Dharma Miri di Krokop 10, Miri semalam.
TANDA HORMAT: Lee menyertai upacara penyalaan lilin pada majlis anjuran Pertubuhan Dusum Khyenpa Kagyuo Dharma Miri di Krokop 10, Miri semalam.
 ??  ?? ZIARAH: Ahli keluarga Ningkan menziarahi beberapa pusara insan tersayang mereka yang disemadika­n tapak perkuburan berlainan di bandar raya Kuching.
ZIARAH: Ahli keluarga Ningkan menziarahi beberapa pusara insan tersayang mereka yang disemadika­n tapak perkuburan berlainan di bandar raya Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia