Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah daripada kaedah konvension­al kepada pertanian moden, skala besar maksimumka­n keuntungan

- Oleh Frankie Junau

SKRANG: Golongan petani perlu berani mengubah cara pertanian daripada kaedah konvension­al kepada pertanian moden serta berskala besar untuk memaksimum­kan keuntungan diperolehi.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, kaedah pertanian cara tradisi dan untuk sara diri tidak lagi sesuai dan tidak boleh diguna pakai selari dengan perkembang­an pesat teknologi pertanian, kaedah pengeluara­n, cara promosi yang kini semakin canggih dan pelbagai bantuan disediakan kerajaan.

“Maka itu, mahu atau tidak golongan petani yang dahulunya hanya menjadikan aktiviti bercucuk tanam, menternak ayam, itik dan ikan dan sebagainya sebagai hobi, sekadar untuk keperluan diri perlu diubah kepada pertanian cara moden dan berskala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Engkilili/Lubok Antu 2018 yang bertemakan ‘Memartabat­kan Pertanian Bersama Peladang’ di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang, Skrang semalam.

Tambahnya, masyarakat terutama golongan muda dan graduan yang belum mendapat pekerjaan perlu melihat dan menjadikan bidang pertanian sebagai satu peluang pekerjaan baharu yang dapat menjana pendapatan lumayan serta tetap.

“Kita perlu berani mengubah sentimen lama menganggap bidang pertanian hanya untuk golongan tua dan orang kampung sebaliknya menganggap pertanian satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan,” ujarnya.

“Dengan sedikit kemahiran dan bantuan yang disediakan kerajaan menerusi Jabatan Pertanian di setiap bahagian dan daerah di negeri ini... harapan dan impian untuk mewujudkan jutawan pertanian bukan perkara mustahil,” katanya.

Dr Rayong menambah, ketika ini Sarawak sudah melahirkan ramai petani berjaya dengan pendapatan melebihi lima angka sebulan.

Mengenai pemasaran, beliau berharap ia bukan halangan untuk petani mengusahak­an bidang ternakan dan tanaman berskala besar kerana Kerajaan Sarawak telah mewujudkan banyak ‘Collection Center’ atau pusat pengumpula­n produk pertanian dan yang terdekat di bahagian ini ialah Pusat Pengumpula­n di Layar yang dikendalik­an Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

“Apa pun saya akan berbincang dengan agensi kerajaan relevan untuk mewujudkan sebuah ‘mini collection center’ di Skim Skrang khusus untuk kawasan sekitar Betong, Engkilili dan Lubok Antu untuk menjamin kualiti ternakan dan pengeluara­n produk pertanian di bahagian ini,” katanya.

Dr Rayong t urut menekankan pentingnya golongan usahawan tani mengusahak­an lebih daripada satu tanaman atau ternakan bagi menjamin kejatuhan harga sesuatu produk komoditi tersebut.

“Ketika ini kita berhadapan kemerosota­n harga bagi setiap tanaman komoditi seperti kelapa sawit, lada, koko dan getah hingga memaksa peke- bun dan petani beralih kepada cara lain untuk menambah punca rezeki... dan pemulihan harga sukar dijangka kerana ia berkait rapat dengan harga dan permintaan pasaran dunia.

“Sebab itu, Kerajaan Sarawak sangat menekankan rakyat menceburi lebih daripada satu produk untuk menjamin pendapatan perkapita rakyat kekal RM4,000 sebulan menjelang 2030,” ujarnya.

Tambah Dr Rayong lagi, adalah amat perlu untuk rakyat mempertaha­nkan Sarawak daripada ditadbir kuasa luar kerana hanya anak tempatan mampu mencorak dan mentadbir negeri ini.

“Perjuangan Allahyarha­m Tok Nan belum selesai dan legasi beliau kini diteruskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama barisan kepimpinan negeri yang lain yang kini berjuang habishabis­an meminta hak kita dalam MA63 dikembalik­an dan royalti 20 peratus minyak dan gas diberikan tanpa sebarang alasan.

“Kita tidak boleh bergantung harap kepada kerajaan persekutua­n yang kini diterajui Pakatan Harapan kerana sudah cukup kita memberi mereka peluang menentu serta membuat keputusan untuk rakyat Sarawak,” katanya dengan memberi contoh kepada kejayaan parti Warisan Sabah yang berjaya menyingkir­kan parti yang berpangkal­an di Semenanjun­g Malaysia.

Sementara itu, acara lain yang turut diselitkan sempena majlis merarau tersebut ialah penyampaia­n bantuan zakat untuk penerima terpilih, bantuan peralatan untuk memulakan perniagaan, penyam-

ADUN Engkilili

paian insentif kepada pelajar cemerlang peperiksaa­n PT3, SPM dan tawaran ke universiti untuk anak-anak ahli PPK serta bantuan untuk mangsa kebakaran Rumah Engkabi Jamu, San Semanju yang diterima wakil Sukarelawa­n JKM Nancy Rangkung.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut mengumumka­n pemberian geran MRP kepada PPK Engkilili/Lubok Antu bernilai RM10,000.

Turut hadir Pengerusi PPK Engkilili/Lubok Antu Kaunselor Agas Thomas, Pengurus Peladang Kawasan Sarawak Kinta Lalang, Setiausaha Norina Lambor, wakil-wakil jabatan kerajaan, Penghulu Betuk Tubi, Penghulu Nyambong Mawing, para kaunselor, tuai- tuai rumah, ahli PPK dari keduadua bahagian dan masyarakat sekitar DUN Engkilili.

 ??  ?? MARTABAT PELADANG: Dr Rayong dan Agas (kiri) bersama tetamu lain berdiri ketika lagu Negaraku berkumanda­ng di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang, Skrang semalam.
MARTABAT PELADANG: Dr Rayong dan Agas (kiri) bersama tetamu lain berdiri ketika lagu Negaraku berkumanda­ng di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang, Skrang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia