Utusan Borneo (Sarawak)

Isu rabies harus diberi tumpuan, keutamaan serta ditangani segera

-

KUCHING: Isu rabies harus diberi tumpuan dan keutamaan sewajarnya serta ditangani segera kerana ia melibatkan kepentinga­n awam.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak Mohamad Raufa Irman Abdul Raub menerusi kenyataan akhbar semalam, berkata kerajaan persekutua­n melalui agensi-agensi berkaitan harus bertindak pantas menangani penularan wabak itu bagi mengelak lebih banyak nyawa terkorban.

“Merujuk kepada laporan berita akhbar The Borneo Post, 24 Ogos 2018, ‘Using our own resources, Chief Minister says Sarawak has to use its own means to contain rabies, can’t depend on federal government’.

“Ketua menteri menyatakan Kerajaan Sarawak perlu menggunaka­n sumber sendiri bagi menangani penularan wabak rabies yang semakin serius di Sarawak memandangk­an maklum balas yang kurang pantas daripada kera- jaan persekutua­n berhubung wabak rabies di negeri ini.

“Bagi kami sebagai khalayak awam yang prihatin, kenyataan YAB Ketua Menteri Sarawak ini dilihat sebagai suatu ‘keluhan’ yang serius, seolah-olah kerajaan persekutua­n bertindak lambat dalam menyalurka­n peruntukan bagi menangani wabak rabies ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata jawapan daripada pihak yang bertanggun­gjawab adalah diperlukan bagi mengelakka­n sebarang salah faham khususnya dalam kalangan warga Sarawak.

ABIM Sarawak juga katanya, menasihati rakyat Sarawak khususnya yang memelihara anjing agar segera mendapatka­n khidmat penvaksina­n anti-rabies daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak.

Ini kerana katanya, suntikan vaksin adalah wajib di bawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Dalam perkembang­an yang sama, kami mengesyork­an para pemilik anjing agar bertindak mengurung anjing peliharaan masing- masing atau tidak melepaskan­nya di luar rumah tanpa pengawasan.

“Bagi yang terkena gigitan atau dicakar haiwan seperti kucing dan anjing, mereka wajar segera mendapatka­n rawatan dengan merujuk klinik atau hospital terdekat,” katanya.

Katanya lagi wabak yang membawa maut seperti rabies tidak boleh dipandang enteng, malah setiap masyarakat mesti sentiasa peka dan peduli bagi mencegah penularann­ya.

ABIM Sarawak dalam pada itu katanya, berterima kasih kepada pihak berwajib khususnya Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, setakat ini telah berjaya menganjurk­an 1,790 kempen di seluruh negeri melibatkan 53,479 peserta.

Menurutnya dengan pembukaan makmal diagnosis di Muara Tuang, Kota Samarahan baru-baru ini diharapkan dapat mempercepa­t pengu- jian sampel penyakit bagi tindakan yang lebih efisien.

“Amatlah besar harapan kami agar kerajaan persekutua­n memberi maklum balas dan tindakan segera dalam menangani penularan wabak ini daripada terus menular dan meragut lebih banyak nyawa.

“Kami juga sedar bahawa isu ini bukan hanya menjadi tanggungja­wab pihak berwajib semata-mata tetapi juga peranan masyarakat awam secara bersama,” katanya.

 ??  ?? KAMI HEBAT: Para pemenang Siri Cabaran Utama Hackkathon dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama-sama selepas penyampaia­n hadiah diadakan.
KAMI HEBAT: Para pemenang Siri Cabaran Utama Hackkathon dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama-sama selepas penyampaia­n hadiah diadakan.
 ??  ?? MOHAMAD RAUFA
MOHAMAD RAUFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia