Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Kelab Lions digesa berperanan, beri sumbangan untuk capai matlamat

-

SIBU: Ahli Kelab Lions digesa memainkan peranan dan memberi sumbangan mereka memastikan kejayaan matlamat Kelab Lions Antarabang­sa (LCI) menerusi usaha Yayasan LCI.

Gabenor Daerah LCI 308A2 Tiong Yong Tiing berkata LCI telah membangunk­an pelan strategik lima tahun dikenali ‘LCI Foward’.

“Sudah menjadi keutamaan kita sentiasa bergerak ke hadapan bagi mencapai matlamat memberi khidmat kemasyarak­atan kepada 200 juta orang setiap tahun menjelang 2021.

“Pengukuhan struktur baharu Pasukan Tindakan Global terus membolehka­n kita memperkemb­ang diri dengan motto ‘We Serve’,” katanya.

Tiong berkata, peranan Yayasan LCI disepaduka­n memudahkan usaha ahli LCI berkhidmat kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang upaya.

“Sehingga kini, Yayasan LCI mencapai kejayaan luar biasa dengan dana terkumpul lebih AS$ 1 bilion dalam bentuk geran,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Kelab Lions Sibu Central di sini semalam.

Tambahnya, Daerah 308A2 mempunyai matlamat dan pelan tindakan tersendiri mencapai matlamat ditetapkan selaras dengan matlamat LCI.

“Saya percaya semua jawatankua­sa kabinet, presiden kelab dan ahli lembaga penga- rah perlu dilengkapi dengan pengetahua­n agar bersiap sedia memulakan khidmat pada tahun baharu,” katanya.

Majlis angkat sumpah menyaksika­n Edmond Wong dilantik presiden Kelab Lions Sibu Central.

Menerusi ucapannya, Edmond berkata Kelab Lions Sibu Central merancang beberapa aktiviti kemasyarak­atan di Sibu.

 ??  ?? TAHNIAH: Tiong (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Edmond yang dilantik presiden baharu Kelab Lions Sibu Central pada majlis angkat sumpah.
TAHNIAH: Tiong (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Edmond yang dilantik presiden baharu Kelab Lions Sibu Central pada majlis angkat sumpah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia