Utusan Borneo (Sarawak)

The Markers muncul juara keseluruha­n Siri Cabaran Utama Hackkathon

-

KUCHING: Pasukan The Markers menewaskan 11 pencabar untuk muncul juara keseluruha­n Siri Cabaran Utama Hackkathon ( The Grand Challenge Hackathon Series) tahun ini.

Program berkenaan yang diadakan dari 24 hingga 26 Ogos 2018 di Hab Inovasi Digital TEGAS, ICOM Square di sini dianjurkan I Tech Train Sdn Bhd.

“Hackathon adalah program mencari lebih daripada satu cara menyelesai­kan masalah,” kata Pengurus Pem- bangunan Perniagaan I Tech Train Sdn Bhd Velmuruga Kalimuthu.

Para peserta katanya, dinilai daripada kreativiti serta idea-idea yang dapat dipasarkan untuk menyelesai­kan masalah- masalah seperti membantu pendaki merentasi hutan pada masa sama mempromosi­kan taman- taman negara.

Katanya, para peserta diberi masa 36 jam bermula dari jam 9 pagi pada Jumaat (24 Ogos) hingga 9 pagi Ahad (26 Ogos) memperkena­lkan penyelesai­an- penyelesai­an isu.

Juara tahun ini membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, RM4,000 bagi naib juara dan RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Native 404 dan Summit masing-masing dipilih pemenang tempat kedua dan ketiga.

Program sama tetapi dengan tema berbeza juga diadakan di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pemenang tempat kedua teratas cabaran ini akan dipelawa menyertai ‘Next Big Tech Asia Conference and Exhibition’ di Kuala Lumpur pada 2 dan 3 Oktober 2018.

Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) dan Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) adalah rakan kongsi strategik cabaran ini kali ini.

Keterangan lanjut mengenai cabaran ini boleh diperoleh dengan melayari www. thegrandch­allenge. my atau menghubung­i Velmuruga menerusi vel@itt.asia atau talian 016-4823528.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia