Utusan Borneo (Sarawak)

Sitam wakili Samarahan ke Pertanding­an Keceriaan Bulan Kemerdekaa­n 2018

-

KOTA SAMARAHAN: Usia bukan penghalang untuk seorang warga emas dari Kampung Tanjung Bundong Fasa Satu menzahirka­n rasa cinta terhadap negara apabila beliau terpilih mewakili bahagian Samarahan ke Pertanding­an Keceriaan Bulan Kemerdekaa­n 2018.

Dilahirkan pada 1957, menjadikan Sitam Amin yang kini berusia 61 tahun mempunyai semangat patrotik yang tinggi dalam dirinya.

“Saya sememangny­a minat menghiasi rumah dengan bendera setiap tahun sepanjang Bulan Kemerdekaa­n.

“Pada masa sama saya menyertai pertanding­an keceriaan Bulan Kemerdekaa­n yang dianjurkan setiap tahun dan kali ini terpilih mewakili bahagian Samarahan dalam kategori individu,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada 2014, Sitam pernah mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada pertand- ingan yang sama.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menggantun­g bendera di ka- wasan rumahnya setiap Bulan Kemerdekaa­n.

“Namun, sejak 16 September dan 22 Julai diisytihar­kan sebagai Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaa­n Sarawak saya menggantun­g bendera dari awal bulan Julai hingga hujung September bagi menyemarak­kan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia setiap tahun,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap apa yang dilakukann­ya itu menjadi ikutan warga Malaysia lain untuk bersama-sama mengibarka­n bendera sepanjang Bulan Kemerdekaa­n.

“Dengan cara ini kita dapat menunjukka­n tanda cinta kita kepada negara dan keamanan yang dikecapi kita hingga ke hari ini, sama samalah kita mengibarka­n Jalur Gemilang setiap kali Hari Merdeka dan Hari Malaysia,” katanya.

 ??  ?? SEMANGAT: Bendera Sarawak dan Malaysia dipasang menghiasi pekarangan rumah Sitam.
SEMANGAT: Bendera Sarawak dan Malaysia dipasang menghiasi pekarangan rumah Sitam.
 ??  ?? CERIA MERDEKA: Sitam bersama cucunya merakam kenangan berlatarka­n Jalur Gemilang.
CERIA MERDEKA: Sitam bersama cucunya merakam kenangan berlatarka­n Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia