Utusan Borneo (Sarawak)

DAM pelawa penyertaan untuk Pertanding­an Ngajat dan Betaboh

-

MIRI: Masyarakat setempat dipelawa menyertai dan memeriahka­n Pertanding­an Ngajat dan Betaboh (Pekit Ngajat & Pekit Betaboh) anjuran Persatuan Dayak Miri (DAM) pada Sabtu, 20 Oktober akan datang.

Jurucakap penganjur berkata, pertanding­an akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 6 petangdipe­karanganPe­rmaisuri Imperial City Mall Miri.

Katanya, pertanding­an ngajat dibahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Ngajat Berkumpula­n, Kategori Individu Lelaki dan Wanita serta Kategori Ngajat Individu Kanak-kanak Lelaki dan Kanak-Kanak Perempuan.

Manakala pertanding­an betaboh hanya terbuka kepada satu kategori.

Pelbagai hadiah menarik dan lumayan menanti para pemenang untuk dibawa pulang.

Bagi Kategori Ngajat Berkumpula­n, tempat pertama akan menerima wang tunai RM2,000, diikuti tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng mendapat wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

Kategori Individu Lelaki dan Wanita, setiap juara akan membawa pulang wang tunai RM700, tempat kedua menerima RM500 dan tempat ketiga RM300.

Untuk Kategori Individu Kanak- Kanak Lelaki dan Perempuan, setiap johan akan membawa balik wang tunai RM500, diikuti RM300 dan RM200 bagi tempat kedua dan ketiga.

Bagi Kategori Betaboh, johan akan menerima RM2,000, tempat kedua RM1,500 dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Katanya setiap pemenang kategori turut akan menerima trofi berserta sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi sagu hati penyertaan peserta akan menerima wang tunai RM100, hamper dan sijil penyertaan.

Borang boleh didapati di pejabat DAM dan tarikh tutup penghantar­an borang adalah pada atau sebelum Jumaat 12 Oktober 2018.

Untuk maklumat lanjut berhubung pertanding­an itu, sila hubungi Jacqueline Selaka Mawar (016-8786205), Kitty Janggot atau pejabat DAM di talian 085-435467 pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia