Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya terus menjadi tumpuan ramai

-

SIBU: Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya yang rancak berlangsun­g ketika ini terus menjadi tumpuan ramai.

Selepas berakhirny­a Pesta Air Sibu Jaya yang mendapat sambutan pagi kelmarin (Sabtu), acara sebelah malam kelmarin juga mendapat sambutan.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pertunjuka­n api dipersemba­hkan Rave YMCA yang ‘ memukau’ hadirin yang hadir.

Anggota kumpulan terdiri daripada anak-anak muda dilatih individu berpengala­man dilihat seolah-olah menelan, bermain, berputar, menari dan memuntahka­n api yang sangat menghiburk­an orang ramai.

Di pentas utamanya, berlangsun­gnya acara peringkat separuh akhir Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya.

Peserta diuji dari segi pengetahua­n am dengan soalannya menggunaka­n bahasa Inggeris.

Apabila ditanya kenapa menggunaka­n bahasa Inggeris, kebanyakan peserta berkata mereka mahu memperbaik­i bahasa tersebut untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Pertanding­an itu bera- khir malam 30 Ogos dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) Robert Lau menjadi tetamu pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan.

Semua acara tersebut diadakan di pekarangan komersil Sapphire East di SibuJaya.

Bagi pertanyaan lanjut acara dihoskan oleh MDLBS, Distrepark Sdn Bhd dan Embun Kiara, sila hubungi talian 084-235888.

 ??  ?? TUMPUAN RAMAI: Peserta Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya memperaga gaya masing-masing.
TUMPUAN RAMAI: Peserta Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya memperaga gaya masing-masing.
 ??  ?? MENAKJUBKA­N: Antara aksi bermain api oleh Rave YMCA yang ‘memukau’ hadirin.
MENAKJUBKA­N: Antara aksi bermain api oleh Rave YMCA yang ‘memukau’ hadirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia