Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: KKR tumpu selesai projek kritikal

-

TEMERLOH: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) akan mengutamak­an projek kritikal seperti pembinaan sekolah dan hospital bagi perbelanja­an Bajet 2019.

Timbalan menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata permohonan juga akan ditumpukan kepada projek seperti pembanguna­n infrastruk­tur dan projek untuk kebajikan rakyat.

“Banyak mana pun yang dapat kami akan terima demi kelangsung­an negara. Biar sakit sementara kita kena ikat perut daripada minta (bajet) besar tetapi keseluruha­n akan rosak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Malaysia Baharu Cabaran dan Harapan di Hotel Seri Malaysia di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Syura Pahang Dr Mohd Azmi Ghazali, Pengerusi Wadah Pahang Asaari Yatim dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang Muhammad Hisyamudin Baharudin.

Wacana itu bertujuan mencerahka­n pemikiran umat dan julung kali diadakan di Pahang.

Mohd Anuar berkata bajet kali ini lebih realistik, mengikut kemampuan pendapatan kerajaan daripada kutipan cukai dan sebagainya.

Malah katanya ia diyakini akan lebih memberi keutamaan kepada peruntukan untuk projek pembanguna­n rakyat berbanding bajet terdahulu yang membelanja­kan banyak wang untuk pengurusan.

“Untuk pulihkan ekonomi rakyat dan pemerintah kena potong gaji, kena berhemah dalam berbelanja dan jangan jangkaan ada gula- gula,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata projek pembinaan laluan kedua jambatan Temerloh bernilai RM160 juta akan dibawa kepada kerajaan untuk memastikan ia dilaksanak­an memandangk­an projek itu adalah keutamaan masyarakat di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia