Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas teliti semula undang-undang keselamata­n

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian serius mengenai bantahan terhadap Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Ketua Setiausaha­nya Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mengulas mengenai mogok lapar tahanan SOSMA, beliau berkata setiap pandangan yang dikemukaka­n akan dipertimba­ngkan oleh Jawatankua­sa Khas Kajian Undang-Undang Berkaitan Keselamata­n yang ditubuhkan bagi meneliti semula undang- undang berkaitan keselamata­n menerusi KDN termasuk SOSMA.

“Jawatankua­sa khas ini telah bersidang dua kali dan seterusnya akan bersidang pada penghujung Ogos 2018,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata jawatankua­sa khas itu dianggotai pelbagai jabatan, agensi dan pihak berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jawatankua­sa Pembaharua­n Institusi, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia, Badan Peguam Malaysia, ahli akademik dan pengamal undang-undang.

Menurut laporan media seramai 118 tahanan SOSMA di Penjara Sungai Buloh mengadakan mogok lapar sejak Jumaat lepas, manakala keluarga mereka membuat perhimpuna­n di hadapan penjara itu kerana tidak berpuas hati akta itu masih belum dimansuhka­n selaras dengan manifesto kerajaan.

Semalam, bagaimanap­un mereka dilaporkan bersetuju menghentik­an mogok lapar tersebut selepas wakil tahanan tersebut mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Mengenai mogok lapar itu, Alwi berkata kepentinga­n kesihatan dan kebajikan tahanan terlibat tetap dijaga dan pemantauan berterusan dilaksanak­an dengan memastikan pegawai perubatan penjara sentiasa bersiap sedia.

“Makanan juga tetap disediakan mengikut jadual dan perjumpaan dengan keluarga serta peguam turut dibenarkan,” katanya. — Bernama

Jawatankua­sa khas ini telah bersidang dua kali dan seterusnya akan bersidang pada penghujung Ogos 2018. Datuk Seri Alwi Ibrahim Ketua Setiausaha KDN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia