Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas khas dihantar ke Vietnam, Thailand kaji pengeluara­n cili

-

PELABUHAN KLANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar satu pasukan khas ke Vietnam dan Thailand bagi melihat bagaimana petani cili di negara berkenaan mampu mengeluark­an cili dengan jumlah banyak namun pada kos yang rendah.

Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Mohd Salehhuddi­n Hassan berkata pasukan berkenaan antara lain turut akan mengkaji bagaimana petani di dua negara itu mampu menanam cili di luar musim.

“Mengikut tahun- tahun sebelum ini, cili dari Vietnam dan Thailand akan banyak dibawa ke Malaysia sehingga bulan Julai sahaja, tetapi pada tahun ini ia berlarutan sehingga Ogos.

“Kita prihatin dengan petani- petani cili terutamany­a petani muda yang mengambil bahagian di bawah skim petani muda yang diperkenal­kan kerajaan, kami mahu petani tempatan boleh berdaya maju dan mampu bersaing dengan petani cili luar negara,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas cili import yang disimpan di Tapak Penyimpana­n Kontena 2 di Pelabuhan Klang Utara di sini, bersama-sama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS).

Dalam pada itu, Mohd Salehhuddi­n berkata bagi tempoh Januari sehingga Julai lepas, sebanyak 31,000 tan cili telah dibawa masuk ke negara ini oleh 57 syarikat pengimport berdaftar bagi menampung permintaan pasaran tempatan dan beliau menafikan terdapat lambakan cili import di pasaran tempatan

“Tiada tekanan terhadap lambakan cili tetapi yang ada hanya adalah tekanan pada harga. Sebagai contoh, di Pasar Borong Kuala Lumpur, cili jenis kulai dijual pada RM8 sekilogram dan merah minyak pula RM6.50 sekilogram manakala cili dari Vietnam yang dibawa masuk dari bulan April hingga Ogos tahun ini dijual pada harga RM3.90 sekilogram,” katanya.

Mengulas pemeriksaa­n berkenaan, Mohd Salehhuddi­n berkata ia bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti cili yang diimport sama ada selamat untuk dimakan ataupun sebaliknya.

Menurut beliau, pihaknya turut membawa bersama kit pemeriksaa­n untuk mendapatka­n maklumat awal sama ada cili yang diimport memenuhi kadar Tahap Maksimum Residu (MRL) yang dibenarkan, dan berdasarka­n beberapa sampel yang periksa, kadar MRL berada pada tahap selamat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Mohd Sallehhudd­in (kiri) bersama Salmah (dua kanan) membuat pemeriksaa­n ke atas cili import yang memasuki pasaran tempatan ketika sidang media di Pelabuhan Klang Utara, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Mohd Sallehhudd­in (kiri) bersama Salmah (dua kanan) membuat pemeriksaa­n ke atas cili import yang memasuki pasaran tempatan ketika sidang media di Pelabuhan Klang Utara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia