Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan judi ekor tanpa lesen tawar pertaruhan luar negara dibongkar

-

GEORGE TOWN: Polis membongkar sindiket judi ekor tanpa lesen yang menawarkan pertaruhan dari beberapa negara selepas menyerbu 15 kedai di sekitar George Town, di sini semalam, yang berselindu­ng di sebalik perniagaan lain.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama JSJ Pulau Pinang dan Timur Laut melancarka­n operasi serentak di kesemua premis itu bermula jam 3 petang semalam.

“Menerusi Ops Dadu itu, kami menahan 26 individu termasuk 24 pekerja serta penjaga premis yang menjalanka­n kegiatan perjudian ekor haram online (dalam talian) itu dan dua pelanggan.

“Berdasarka­n siasatan, kedai-kedai itu berselindu­ng di sebalik perniagaan lain seperti kedai jual beg, kedai runcit dan kedai alat tulis, namun mereka menyediaka­n ruangan khas yang tertutup (dalam kedai) untuk menjalanka­n kegiatan perjudian itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya selain itu, sindiket perjudian tersebut turut menawarkan judi ekor haram dalam talian membabitka­n negara luar seperti Thailand dan Kemboja yang boleh dimain setiap hari dengan keputusan dua kali sehari.

Rohaimi berkata kegiatan itu menawarkan kepada orang ramai untuk bermain judi bermula dengan RM1 dan tiada had maksimum yang ditetapkan serta pertaruhan itu terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk warga asing.

Katanya siasatan mendapati setiap kedai itu mampu mengaut jumlah kutipan pertaruhan judi lebih RM10,000 setiap hari dan dalam operasi berkenaan pihaknya merampas lebih RM28,000 dari kesemua premis.

“Siasatan juga mendapati kedai- kedai yang diserbu itu membabitka­n beberapa sindiket atau tauke dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dalangnya. Operasi itu akan diteruskan dalam usaha membantera­s dan membendung gelaja judi ekor tanpa lesen daripada terus menular,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia