Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa ditikam di dada kiri dalam pergaduhan dan maut di tempat kejadian

-

GEORGE TOWN: Seorang pembantu kedai makan warga Thailand maut selepas ditikam isterinya dalam pergaduhan di sebuah kedai masakan Thailand, Gat Lebuh Chulia di sini malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata mangsa Suriya Kanchaiyap­hum, 36, maut di tempat kejadian akibat tikaman di dada kirinya dalam pergaduhan jam 10 malam itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri berkenaan bekerja di kedai makan di tingkat bawah premis dua tingkat itu dan berlaku pergaduhan antara mereka dipercayai disebabkan wang.

“Semasa bergaduh itu, isteri mangsa telah bertindak mengambil sebilah pisau di dapur dan menikam dada kiri suaminya, lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau

Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri berkenaan bekerja di kedai makan di tingkat bawah premis dua tingkat itu dan berlaku pergaduhan antara mereka dipercayai disebabkan wang. ” Supt V.Saravanan Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut

Pinang untuk dibedah siasat.

Saravanan berkata susulan kejadian itu, polis menahan isteri mangsa berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut dan pihaknya turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Katanya, pasangan itu bekerja di kedai makan berkenaan serta tinggal di rumah tumpangan di tingkat atas premis dua tingkat itu sejak tahun lepas dan berdasarka­n keterangan saksi mereka pernah bergaduh beberapa kali sebelum ini.

“Wanita itu akan direman untuk membantu siasatan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya pemeriksaa­n lanjut di kedai makan dan tingkat atas premis itu, polis menahan tujuh lelaki Thailand berusia 20 hingga 40 tahun kerana pelbagai kesalahan imigresen.

Beliau berkata semua lelaki itu dipercayai bekerja di kedai makan berkenaan dan mereka direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARI BUKTI: Anggota polis Cawangan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menjalanka­n siasatan mencari bahan bukti di lokasi seorang lelaki maut selepas bergelut dengan jirannya berhampira­n bangunan Foo Yet Kai di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama CARI BUKTI: Anggota polis Cawangan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menjalanka­n siasatan mencari bahan bukti di lokasi seorang lelaki maut selepas bergelut dengan jirannya berhampira­n bangunan Foo Yet Kai di Ipoh, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Anggota polis menahan seorang wanita kerana diisyaki menikam suaminya menggunaka­n sebilah pisau di Gat Lebuh Chulia, dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama DITAHAN: Anggota polis menahan seorang wanita kerana diisyaki menikam suaminya menggunaka­n sebilah pisau di Gat Lebuh Chulia, dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia