Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki Vietnam dituduh pecah pasar raya

-

IPOH: Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan jirannya ekoran pertengkar­an berhampira­n bangunan Foo Yet Kai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika suspek berumur 51 tahun bertembung dengan mangsa dan berlaku pertengkar­an mulut.

“Siasatan awal mendapati suspek pergi ke bangunan itu untuk berjumpa dengan bekas isterinya sebelum bertembung dengan mangsa dan isterinya sehingga berlaku hina-menghina sesama mereka.

“Suspek kemudian pergi ke keretanya dan mengambil satu pemutar skrew tayar. Berlaku pergelutan antara mereka sehingga suspek bertindak mencekik mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Katanya, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Beliau berkata mangsa mengalami dua kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukulden­ganpemutar­skrew, bagaimanap­un punca kematian masih dalam siasatan.

Katanya, polis telah me- nahan suspek ketika mendapatka­n rawatan di hospital sama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Ali berkata keluarga mangsa pernah membuat laporan polis sejak tahun 2014, namun polis mengklasif­ikasikan kes itu sebagai tiada tindakan susulan (NFA) kerana tidak menunjukka­n jenayah serius.

“Persengket­aan melibatkan dua jiran ini berlaku sejak 2014. Keluarga mangsa melaporkan pergaduhan itu berpunca daripada tuduhmenud­uh seperti mencuri barang dan sebagainya,” katanya. — Bernama JITRA: Lima lelaki warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya di Ayer Hitam, Jerlun, awal Julai lepas.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nguyen Van Hop, Ha Van Khanh, Pham Van Xuan, Nghiem Van Long dan Tran Xuan Thong berikutan kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-30 tahun tidak memahami bahasa Malaysia.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa memecah masuk ke sebuah pasar raya di pekan Ayer Hitam dan mencuri wang tunai berjumlah RM1,000 kira-kira jam 3 pagi, 2 Julai lepas.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun sekiranya didapati mencuri.

Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi melantik jurubahasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia