Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpaskan kegiatan seludup rokok ‘Geng Apeng’

-

KOTA TINGGI: Polis percaya berjaya menumpaska­n kegiatan penyeludup­an rokok ‘Geng Apeng’ dengan penahanan enam lelaki termasuk seorang rakyat Indonesia dalam serbuan di KM10 Jalan Terminal Feri, Tanjung Belungkor, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata serbuan dilakukan seorang pegawai dan 20 anggota polis pada kira-kira 4.30 pagi selepas bertindak atas maklumat awam.

Beliau berkata hasil intipan terhadap sebuah kereta mewah jenis Toyota Camry yang dilihat mencurigak­an di kawasan tersebut, berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun dan merampas pelbagai jenis rokok seludup dianggar bernilai RM80,000 tidak termasuk cukai yang disembunyi­kan dalam kereta miliknya.

“Keseluruha­n rampasan melibatkan 910 karton rokok pelbagai jenama iaitu Marlboro Ice Brust (650 karton), Marlboro Red (100 karton), Marlboro Gold Lights (50 karton), Gudang Garam Surya 16 (100 karton) dan Zhongnanha­i 8 (10 karton). Polis turut merampas satu telefon bimbit dan satu walkie talkie daripadany­a,” katanya di sini semalam

Ahsmon berkata pihaknya kemudian berjaya menahan dua lelaki tempatan berumur 30 dan 36 tahun, dipercayai tonto sindiket penyeludup­an rokok selepas menahan sebuah kereta Proton Waja di laluan sama, kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata pemeriksaa­n di dalam kereta tersebut menemui sebilah parang bersarung berukuran 50 sentimeter, satu walkie talkie serta dua telefon bimbit.

Katanya, hasil penahanan terhadap ketiga-tiga mereka, polis berjaya menahan dua lagi lelaki tempatan berumur 33 dan 40 tahun serta seorang lelaki rakyat Indonesia berumur 35 tahun di sebuah rumah di Jalan Surau, Tanjung Belungkor, pada jam 5 pagi, hari sama, yang juga dipercayai turut terlibat dalam kegiatan itu.

“Pemeriksaa­n lanjut di rumah tersebut menemukan sebilah parang bersarung berukuran 25 sentimeter, tiga walkie talkie, dua helai uniform operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), seluar, baret dan tali pinggang, empat telefon bimbit serta satu tablet,” katanya.

Ahsmon berkata pihaknya percaya rokok berkenaan dipercayai diseludup masuk dari perairan Indonesia untuk pasaran tempatan dan kemungkina­n mereka juga menyamar sebagai polis berdasarka­n penemuan uniform tersebut.

Beliau berkata siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan bagaimana kesemua mereka memperoleh uniform dan walkie talkie itu.

Katanya seorang daripada mereka mempunyai tujuh rekod jenayah lampau manakala tiga lagi positif terhadap ganja.

Kesemuanya kini direman empat hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, Seksyen (1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 89(a) Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Ahsmon (dua kanan) bersama anggotanya menunjukka­n dua helai uniform operasi polis, seluar, baret serta pelbagi jenis rokok seludup antaranya Marlboro Ice Brust, Marlboro Red, Marlboro Gold Light, Gudang Garam Surya dan Zhongnanha­i serta tiga walkie talkie, dan sebilah parang selepas polis menumpaska­n‘Geng Apeng’ dengan penahanan enam lelaki termasuk seorang rakyat Indonesia dalam serbuan di KM10 jalan Terminal Feri Tanjung Belungkor pagi semalam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Ahsmon (dua kanan) bersama anggotanya menunjukka­n dua helai uniform operasi polis, seluar, baret serta pelbagi jenis rokok seludup antaranya Marlboro Ice Brust, Marlboro Red, Marlboro Gold Light, Gudang Garam Surya dan Zhongnanha­i serta tiga walkie talkie, dan sebilah parang selepas polis menumpaska­n‘Geng Apeng’ dengan penahanan enam lelaki termasuk seorang rakyat Indonesia dalam serbuan di KM10 jalan Terminal Feri Tanjung Belungkor pagi semalam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia