Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas sindiket judi dalam talian

-

ALOR SETAR: Polis menumpaska­n sindiket perjudian yang membabitka­n nilai operasi RM3.12 juta sejak Januari lalu selepas menahan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Kota Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata bertindak hasil maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah membuat serbuan pertama pada 16 Ogos lalu di sebuah rumah di Kuala Kedah.

“Serbuan pada jam 10 pagi itu telah berjaya menahan empat lelaki, dua wanita dan seorang remaja perempuan yang berumur antara 19 hingga 23 tahun yang terlibat mengendali­kan urus niaga perjudian dalam talian tersebut melalui satu laman web.

“Hasil tangkapan pertama telah membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 34 tahun di Taman Saga pada jam 6.30 petang, Isnin lalu. Kita percaya suspek ini merupakan majikan kepada tujuh suspek yang lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda Civic, komputer, telefon bimbit, buku latihan yang tercatit angka dan huruf berkaitan perjudian, alat modem serta pelbagai peralatan untuk kegunaan sindiket itu.

Mohd Rozi berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM929 dan berdasarka­n siasatan, sindiket berkenaan yang mula beroperasi Jan lalu menggunaka­n aplikasi WeChat untuk menjalanka­n urus niaga bagi mengelak daripada dikesan polis.

“Dianggarka­n nilai rampasan keseluruha­n barangan dan kereta daripada keduadua serbuan itu berjumlah RM280,000,” katanya.

Katanya, semua ditahan mengikut Seksyen 4B( a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala suspek berusia 34 tahun yang disyaki majikan akan turut disiasat mengikut Seksyen 44( 1) Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migrain (ATIPSOM) 2007 kerana mengeksplo­itasi remaja terbabit.

Sementara itu, beliau ber- kata pihaknya mengambil langkah drastik bagi memerangi kegiatan perjudian yang berselindu­ng di sebalik lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dengan memotong bekalan elektrik.

“Bagi tempoh 2017 sebanyak 16 premis telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik manakala untuk bagi tempoh Jan hingga Ogos tahun ini sebanyak 11 premis. Semua premis ini telah menyalahgu­nakan lesen yang diberikan.

“Kita juga telah mencadangk­an kepada Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) supaya tidak menyokong sebarang permohonan baharu dan pembaharua­n lesen kecuali pusat hiburan keluarga yang ada di pusat membeli-belah kerana bimbang berlakunya unsur judi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia