Utusan Borneo (Sarawak)

Renjer PERHILITAN yang hilang selamat dibawa keluar

Mangsa hilang sejak 11 Ogos letih, trauma tetapi tidak cedera

-

LIPIS: Biarpun hilang hampir dua minggu di dalam hutan tebal di Hutan Simpan Yong, Taman Negara, Jerantut, renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, ditemui selamat hasil latihan ikhtiar hidup dijalaniny­a di jabatan itu.

Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata setiap anggotanya telah dibekalkan dengan ‘ ilmu hutan’ dan latihan ikhtiar hidup sebelum mereka melakukan penugasan di lapangan.

“Setiap anggota telah diberi latihan, apabila timbul situasi sesat di hutan, hanya tiga perkara yang kita sering pesan iaitu duduk di tempat berkenaan, atau ‘back track’, atau cari sungai.

“Itu yang dilakukan oleh Ahmad Tarmizi sehingga kita berjaya menemuinya dengan selamat semalam (kelmarin),” katanya dalam sidang media khas di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd Yusri Hassan Basri, Pengarah PERHILITAN Pahang Ah- mad Azhar Mohamed dan Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hasan.

Katanya Ahmad Tarmizi yang berkhidmat dengan PERHILITAN Kelantan, sebelum ini pernah beberapa kali terlibat dalam mengumpulk­an dan mengemas kini data Program Kajian Harimau Kebangsaan Kali Pertama atau 1st National Tiger Survey di Hutan Simpan Belum dan Endau Rompin, namun kali pertama melakukann­ya di Taman Negara Jerantut.

Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata pihak jabatan juga akan memberikan cuti panjang kepada Ahmad Tarmizi untuk membolehka­nnya berehat dan memulihkan perasaan trauma sebelum kembali bertugas.

“Cuti tersebut bagi membolehka­nnya meluangkan masa bersama keluarga yang sebelum ini amat risau tentang soal keselamata­nnya sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Sementara itu operasi mengeluark­an Ahmad Tarmizi dari kem pangkalan dua berjalan dengan lancar dengan menggunaka­n Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pangkalan Udara Subang.

Penerbanga­n dilakukan oleh Kapten Liong Cheong Mang dan dibantu oleh pembantu juruterban­g Penguasa Bomba Mohamad Muizz Md Pisar serta tiga anggota yang lain.

Helikopter jenis AW139 JBPM selamat mendarat di padang Sekolah Menengah Clifford pada jam 2.05 petang.

Ahmad Tarmizi yang tidak dapat ditemu bual oleh media berikutan keadaan kesihatann­ya, sempat memberitah­u kepada seorang daripada anggota penyelamat yang terlibat Pegawai Bomba Kanan Fuaad Jamaluddin bahawa beliau gementar apabila bomba mengeluark­annya menggunaka­n teknik ‘winching’ iaitu menaikkan ke dalam helikopter dengan menggunaka­n tali.

“Mangsa memberitah­u berasa sedikit berdebar kerana tergantung di udara. Sepanjang perjalanan beliau tidak banyak berbual, mungkin keletihan, namun kelihatan sihat dan baik,” katanya. — Bernama LIPIS: Renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan yang hilang di Hutan Simpan Yong, Taman Negara, sejak 11 Ogos lalu ditemui dalam lingkungan hanya empat kilometer dari kem pangkalan 2 (base camp 2).

Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, walaupun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sering melalui kawasan itu, namun mangsa Tarmizi Ahmad Japli, 30, hanya berjaya ditemui pada jam lebih kurang 4 petang kelmarin dalam keadaan letih tanpa sebarang kecederaan serta trauma.

“Mangsa ditemui berhampira­n sebatang anak sungai dan merupakan laluan pencarian yang sering dilalui oleh pasukan SAR, tetapi sebelum ini kita gagal menemuinya kerana tidak ada sebarang petunjuk atau tanda.

“Memandangk­an keadaan di lokasi tersebut hutan tebal, laluan berbukit- bukau, selain keadaan cuaca gelap serta mangsa juga dalam keadaan letih, maka kita mengambil keputusan untuk mem-

Mangsa ditemui berhampira­n sebatang anak sungai dan merupakan laluan pencarian yang sering dilalui oleh pasukan SAR, tetapi sebelum ini kita gagal menemuinya kerana tidak ada sebarang petunjuk atau tanda.

bawanya keluar pada hari ini (semalam).

“Kita membawa mangsa ke kem pangkalan dua terlebih dahulu yang mengambil masa empat jam perjalanan sebelum dibawa keluar menggunaka­n helikopter Unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang menggunaka­n teknik winching,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.

Sidang media tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, Pengarah PERHILITAN Pahang Ahmad Azhar Mohamed, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hasan dan Pegawai Daerah Mohd Hafizi Ibrahim.

Helikopter kemudian se- lamat mendarat di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini pada jam 2.05 petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatka­n rawatan.

Mohd Yusri berkata operasi pencarian selama dua minggu itu disertai oleh lebih 336 anggota SAR daripada pelbagai agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Unit K9, serta JBPM, Jabatan Hutan, badan bukan kerajaan dan orang awam.

Ia meliputi kawasan pencarian seluas 40 kilometer persegi di kawasan taman negara terbabit.

Pelbagai teknik pencarian telah dilakukan sepanjang operasi itu dilakukan termasuk menggunaka­n unit udara PGU dan JBPM selain menggunaka­n alat pengesan haba pada waktu malam, namun gagal menemui mangsa berikutan keadaan hutan yang tebal dan kawasan berbukitbu­kau.

Malah solat hajat turut dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh berkenaan dengan bantuan penduduk kampung.

Sebelum itu Tarmizi yang berkhidmat dengan PERHILITAN Kelantan dilaporkan hilang pada 11 Ogos lalu, semasa mengumpulk­an dan mengemas kini data Program 1st National Tiger Survey di hutan berkenaan.

Mangsa dilaporkan masuk ke hutan berkenaan pada 9 Ogos lalu bersama-sama enam lagi renjer melalui FELDA Kechau 11 Kuala Lipis.

Kehilangan mangsa disedari rakannya selepas menyedari mangsa tidak berada di belakangny­a semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem pangkalan dua sebelum kehilangan­nya dilaporkan kepada pihak polis pada 12 Ogos. — Bernama

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri Timbalan Ketua Polis Pahang

 ?? — Gambar Bernama ?? HILANG: Tarmizi (gambar kecil) yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Yong, Taman Negara Pahang, sejak 11 Ogos lalu ditemui selamat kira-kira 4 petang semalam, ketika sidang media penemuan beliau di Lipis, semalam.
— Gambar Bernama HILANG: Tarmizi (gambar kecil) yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Yong, Taman Negara Pahang, sejak 11 Ogos lalu ditemui selamat kira-kira 4 petang semalam, ketika sidang media penemuan beliau di Lipis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia