Utusan Borneo (Sarawak)

Konvoi jentolak semarakkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis

-

KANGAR: Kemunculan hampir 30 jentolak yang berkonvoi di sekitar bandar ini semalam, bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan 2018, menarik perhatian umum kerana jentera berat berkenaan jarang digunakan dalam aktiviti seumpama itu.

Omar Osman, 41, daripada Pauh dekat sini berkata beliau yang dalam perjalanan ke Kangar berasa sangat teruja apabila ternampak kumpulan jentolak itu dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan konvoi berkenaan.

“Rakaman ini boleh saya tunjukkan kepada anakanak kerana mereka sangat suka melihat jentolak,” katanya kepada Bernama di sini.

Seorang kakitangan awam, Harith Hashim, 37, berkata beliau yang menuju ke Kuala Perlis untuk bersiar- siar bersama keluarga sebelum sekolah kembali dibuka hari ini, turut menghentik­an kenderaann­ya bagi menyaksika­n pergerakan jentera itu.

“Mungkin kumpulan jentolak ini boleh menyertai perarakan sempena sambutan Merdeka peringkat negeri nanti kerana ia luar biasa dan menarik untuk ditonton,” katanya.

Sementara itu, wakil kumpulan konvoi itu, Khairul Azni Karim, 39, berkata pelbagai pihak sering menganjurk­an konvoi bersempena Hari Kebangsaan melibatkan motosikal, kereta atau kenderaan pacuan empat roda, namun jentolak tidak pernah dipopulark­an.

“Kumpulan kami sendiri telah mengadakan konvoi jentera berat ini sejak 2014 dan kebiasaann­ya melibatkan lebih 20 pemandu jentolak di Perlis, tapi tak ramai orang tahu.

“Kami berkonvoi dari Kangar melalui Arau dan kemudianny­a terus ke Kuala Perlis, melalui laluan lebih kurang 30 kilometer dengan kelajuan 40 kilometer sejam,” katanya kepada pemberita sebelum memulakan konvoi itu di Dataran Dato Sheikh Ahmad di sini.

Katanya aktiviti itu dilakukan secara sukarela menggunaka­n sumber kewangan sendiri sebagai tanda mereka menghargai kemerdekaa­n negara.

Khairul Azni berkata konvoi berkenaan juga bertujuan merapatkan hubungan pengusaha- pengusaha jentolak di negeri itu, bagi meningkatk­an jaringan kerjasama di antara mereka.

Beliau dan rakan- rakan juga sangat berharap supaya aktiviti konvoi jentolak itu dapat dipopulark­an dengan bantuan kerajaan negeri bagi menonjolka­n peranan pengusaha jentolak di negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia