Utusan Borneo (Sarawak)

Cacat tidak halang Nur Wadihan cipta rekod MBOR

-

BAGAN SERAI: Walaupun menghidap penyakit cerebral palsy (kelumpuhan otak) ia tidak menghalang adik Nur Wadihan Wira Sudepja, 10, menjadi antara seorang peserta kurang upaya yang menyertai Kerian Incredible Dualthon 2018.

Pencapaian itu sekali gus melayakkan beliau menerima sijil Malaysia Book of Rekod (MBOR) yang disampaika­n oleh Pengurus Pembanguna­n Perniagaan MBOR Edwin Yeoh kepada bapanya Wira Sudepja Rabu.

Nur Wadihan ditemani bapanya yang mengayuh beca roda tiga berjaya menamatkan kayuhan sejauh lima kilometer (km), seterusnya 32km dan 5km dalam kategori sprinter selama tiga hingga enam jam.

Wira Sudepja, 43, berkata beliau bersyukur apabila Nur Wadihan dapat mencipta rekod bagi golongan kurang upaya memandangk­an kebanyakan rekod sebelum ini dibuat oleh golongan is- timewa yang boleh berdikari, berbanding anaknya yang lumpuh.

Menurut Wira Sudepja yang bertugas sebagai pengurus produksi sebuah syarikat pendingin hawa di Seri Kembangan di Selangor, beca khas roda tiga Nur Wadihan diubah suai supaya anaknya selesa menyertai larian itu.

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk membuat keputusan menyertai larian itu. Latihan bersama Nur Wadihan bermula sejak Jun lalu,” katanya ketika ditemui selepas tamat larian yang disertai lebih 1,000 peserta di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai di sini semalam.

Wira Sudepja berkata pada mulanya beliau menghadapi masalah semasa memulakan larian apabila anaknya seperti meragam dan berada dalam keadaan tidak selesa.

“Saya terpaksa dukung anak saya bagi menenangka­nnya kerana dia tidak boleh bercakap dan apabila dia selesa saya meletakkan semula ke dalam beca bagi meneruskan larian.

“Saya amat teruja kerana dapat membuat sesuatu kelainan dalam usaha memartabat­kan golongan kurang upaya,” katanya sambil menambah anaknya akan menyertai acara larian di Melaka, Pulau Pinang dan Putrajaya pada Oktober ini. — Bernama PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Luar Sri Lanka Tilak Marapana akan melakukan lawatan kerja sehari ke Malaysia hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, menteri itu akan diiringi oleh pegawai kanan negara itu.

“Ini merupakan lawatan pertama Tilak ke Malaysia sejak menyandang jawatan itu pada Ogos 2017,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut Wisma Putra semasa lawatan itu Tilak dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Hal Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Lawatan itu akan membolehka­n Malaysia dan Sri Lanka melihat hubungan dua hala serta meneroka kemungkina­n bekerjasam­a dalam bidang lain.

“Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang isu global dan serantau yang bersangkut­an kepentinga­n bersama.

“Kedua dua Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia dan Sri Lanka dijangka menubuhkan konsultasi dua hala menerusi pertukaran nota,” tambah kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi Malaysia optimistik bahawa lawatan itu akan menyediaka­n dorongan baharu terhadap hubungan dua hala yang lebih erat dan meningkatk­an hubungan Malaysia dan Sri Langka ke tahap yang lebih tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCATAT REKOD: Wira Sudepja (kanan) dan isteri Nur Murni (kiri) menunjukka­n sijil Malaysia Book Of Records (MBoR) yang dianugerah­kan kepada anaknya Nur Wadihan Wira Sudepja (beca roda tiga) yang lumpuh sambil diperhatik­an Pengurus Pembanguna­n Perniagaan MBOR Edwin Yeoh (belakang kiri) selepas mencatat rekod OKU lumpuh yang menamatkan ‘Kerian Incredble Dualthon 2018’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, semalam.
— Gambar Bernama MENCATAT REKOD: Wira Sudepja (kanan) dan isteri Nur Murni (kiri) menunjukka­n sijil Malaysia Book Of Records (MBoR) yang dianugerah­kan kepada anaknya Nur Wadihan Wira Sudepja (beca roda tiga) yang lumpuh sambil diperhatik­an Pengurus Pembanguna­n Perniagaan MBOR Edwin Yeoh (belakang kiri) selepas mencatat rekod OKU lumpuh yang menamatkan ‘Kerian Incredble Dualthon 2018’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia