Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki OKU cuba cipta rekod tunggang motosikal sebelah tangan lebih 5,000km

-

GEORGE TOWN: Bersempena Hari Malaysia, seorang lelaki dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan cuba mencipta nama dalam Malaysian Book of Records (MBR) dengan menunggang motosikal sebelah tangan pada jarak yang paling jauh.

A. Santana Dass, yang hanya mempunyai tangan kiri akan cuba mengembara bersendiri­an sejauh 5,922km dari Pulau Pinang pada 16 September ini mer- entasi Thailand, Myanmar dan Singapura selama 14 hari dengan menunggang motosikal Yamaha R25 yang telah diubah suai.

Santana kehilangan tangan kanannya tiga tahun lepas apabila motosikal yang ditunggang­nya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Macalister, dan dirawat di hospital selama lapan hari.

“Kecacatan tidak akan menghalang saya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Stigma dan persepsi yang tidak betul bahawa orang yang mempunyai kecacatan tidak mahu atau tidak boleh menyertai aktiviti sukan merupakan halangan paling utama yang perlu saya atasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sungguhpun kehilangan sebelah tangan, Santana berkata kecacatan tidak menghilang­kan semangat patriotism­enya terhadap negara dan sanggup menghadapi cabaran untuk motivasika­n diri serta menunjukka­n teladan yang baik kepada orang lain.

Beliau merancang menunjukka­n kecintaan terhadap negara dengan meliputi motosikaln­ya dengan bendera Malaysia dan memasang bendera Malaysia yang lebih besar ketika majlis pelancaran nanti.

“Perjalanan paling jauh saya setakat ini ialah dari Pulau Pinang ke Singapura dan telah telah berjaya mencubanya beberapa kali, dan cubaan mencipta rekod baharu ini disokong oleh isteri saya E.Poovaneswa­ri serta empat anak saya,” katanya.

Menurut beliau pengubahsu­aian terhadap motosikal super 250 itu cuma melibatkan pemindahan pendikit dari kanan ke kiri dan sehingga kini masih belum ada rekod yang dicipta bagi perjalanan jarak jauh motosikal sebelah tangan dalam MBR mahupun Guinness World Records.

Sementara itu beliau berharap pernohonan­nya bagi pengiktira­fan Guinness World Records yang beliau hantar pada 7 Ogos akan diterima sebelum Hari Malaysia, serta memperoleh­i penaja bagi cubaannya mencipta rekord.

Beliau menjelaska­n sekira permohonan untuk Guinness World Records diterima sebelum 16 September beliau boleh mencipta nama secara serentak.

Beliau berkata keseluruha­n perbelanja­an bagi pengembara­anya itu dianggarka­n RM27,000 termasuk petrol, penginapan, bahan promosi serta yuran penyertaan bagi MBR (RM1,810) dan Guinness World Records (RM4,100).

“Saya telah menghantar surat kepada Yamaha dan organisasi lain untuk mendapatka­n penajaan namun masih belum ada jawapan. Setakat ini penaja saya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban A.Kumaresan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia