Utusan Borneo (Sarawak)

Isu BR1M: PH diingatkan tidak buat kesilapan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak membuat kesilapan dalam hal membabitka­n pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang keputusan perlu dibuat melalui persetujua­n gabungan semua parti komponen dalam PH dan kabinet kerajaan susulan manifesto parti telah menjanjika­n bahawa BR1M akan dikekalkan untuk golongan B40 (mereka berpendapa­tan bawah RM3,000 sebulan).

“Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah. Pakatan Harapan tidak boleh membuat kesilapan dalam hal ini, sejarah akan menilai kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas laporan media berhubung keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangk­an pemberian jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangs­a berkata, perkara tersebut tentu menimbulka­n kegusaran penerima BSH kerana pemberian wang sudah menjadi bantuan hayat bagi kebanyakan mereka.

Beliau mengakui sistem BSH perlu diteliti semula agar ia menepati matlamat untuk mengurangk­an jurang pendapatan dalam masyarakat dan membolehka­n penerima berdiri di atas kaki sendiri.

Perancanga­n ini mestilah dibuat dengan telus dan informasi hendaklah disampaika­n kepada rakyat dengan jelas untuk mengelakka­n daripada berlaku salah faham, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia