Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Asshima didakwa tidak mengeluark­an sebarang kenyataan maaf atas fitnah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan fitnah yang beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurk­an pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Khalid berkata Wan Asshima tidak mengeluark­an sebarang kenyataan maaf ke atas fitnah itu sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkan­nya.

“Saya tidak nampak ia sebagai permohonan maaf yang ikhlas, dia tidak berasa kesal dengan tindakan gelojoh dan tiada fakta, dia hanya guna emosi dan kemudian menuduh saya beremosi, saya hanya menggunaka­n hak saya apabila orang memfitnah saya.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormat­i hak-hak bersuara tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhatihat­i dan bertanggun­gjawab atas apa yang dikatakan, kalau kenyataan yang dikeluarka­n tidak berasas dan bertujuan memprovoka­si maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam.

Menjawab soalan sama ada beliau akan bertemu dengan Wan Asshima, Khalid ber- kata tiada sebab untuk beliau berjumpa dengannya.

“Saya tidak nampak sebab saya perlu berjumpa dengannya, mohon maaf pun belum, tarik balik kenyataan pun tidak, kalau mahu dia boleh berjumpa dengan Pegawai Tugas- tugas Khas untuk jelaskan tetapi lagi banyak dia cakap lagi teruk, jadi kita jumpa di mahkamah sahaja,” tambahnya.

Baru- baru ini, media melaporkan Wan Asshima menuduh Khalid membenarka­n penganjura­n pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi.

Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KIBAR JALUR GEMILANG: Khalid (kiri) bersama Mazlan (kanan) dan Jawahir (dua kiri) memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan awam ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaa­n 2018 anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi semalam.
— Gambar Bernama KIBAR JALUR GEMILANG: Khalid (kiri) bersama Mazlan (kanan) dan Jawahir (dua kiri) memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan awam ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaa­n 2018 anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia