Utusan Borneo (Sarawak)

Cadang pinjaman mudah untuk pemaju, isi rumah pendapatan rendah

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berhasrat untuk berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa agensi kerajaan persekutua­n bagi mencari kaedah penyediaan pinjaman perumahan untuk golongan kurang berkemampu­an pada kadar faedah yang paling rendah.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ia termasukla­h memberi pinjaman mudah melalui kadar faedah yang rendah seperti kurang satu peratus dengan tempoh bayaran balik pinjaman dipanjangk­an kepada 35 tahun.

“Ini bagi membantu keluarga yang pendapatan isi rumahnya tidak lebih dari RM2,000 dan tiada slip gaji kerana mereka ini nak mendapatka­n pinjaman bank pun sangat payah,” katanya selepas melawat Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Kedah/Perlis di sini semalam.

Beliau berkata, selain itu kerajaan negeri ingin mencadangk­an agar BNM menggalakk­an bank-bank turut memberikan pinjaman mudah kepada pemaju perumahan bagi tujuan membina lebih banyak rumah kos rendah di negeri ini.

“Di pihak kerajaan negeri kami akan mengenal pasti tapak tanah sesuai bagi tujuan ini dan saya akan berbincang dengan pejabat daerah untuk kenal pasti tanah yang tidak terlalu jauh dari bandar, jangan kita fikir kerana projek perumahan ini kos rendah maka kita letak jauh-jauh di kawasan yang tak ada kemudahan,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu pelepasan lot kuota hartanah bumiputera di negeri ini, Mukhriz berkata dasar itu sebenarnya sudah ada sejak 2008 lagi iaitu ketika PAS mengambil alih pemerintah­an daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Apabila satu-satu lot hartanah bumiputera itu tidak dapat dijual atas sebab munasabah hingga melewati tempoh ditetapkan, sudah ada dasar untuk melepaskan lot itu dan dibenarkan dijual kepada bukan Bumiputera,” katanya.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mendedahka­n lebih kurang 1,000 unit kuota lot Bumiputera di negeri ini tidak terjual sejak 10 tahun lepas menyebabka­n modal pemaju hartanah terbeku sebanyak RM400 juta hingga kini.

Kerajaan PAS sebelum ini telah memperkena­lkan prosedur tambahan kepada dasar sedia ada iaitu pemaju diminta menyerahka­n unit tidak terjual kepada Darulaman Aset Sendirian Berhad (DASB), namun malangnya walau telah menjalanka­n beberapa inisiatif, tetap gagal menjual unit tersebut yang bernilai RM100 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GALAK IKAN: Dua nelayan melabuhkan unjam kira-kira 4.4 batu nautika dari Kuala Marang pada Majlis Melabuhkan Unjam 2018, Marang semalam.
— Gambar Bernama GALAK IKAN: Dua nelayan melabuhkan unjam kira-kira 4.4 batu nautika dari Kuala Marang pada Majlis Melabuhkan Unjam 2018, Marang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia