Utusan Borneo (Sarawak)

Kebijaksan­aan anggota PKR jadi penentu

-

IPOH: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan kebijaksan­aan anggota parti bakal menjadi penentu dalam memastikan beliau kekal menyandang jawatan berkenaan selepas Kongres Nasional PKR yang bakal berlangsun­g November ini.

Beliau percaya setiap anggota parti akan membuat penilaian sewajarnya berdasarka­n pengalaman dan kredibilit­i yang dimilikiny­a dalam mengemudi parti dan kerajaan di peringkat negeri sebelum ini.

“Saya menyerahka­n kepada kebijaksan­aan anggota parti dan saya kira ‘report card’ saya dapat menyatakan keadaan sebenar dan terpulang kepada anggota parti untuk menentukan masa depan parti ini.

“Saya yakin anggota parti akan berpegang pada amalan demokrasi yang baik dengan tertib, bersopan untuk memilih kepimpinan yang mampu membawa PKR ke arah lebih cemerlang,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Perak 2018 di sini, semalam.

Pemilihan PKR kali ini menyaksika­n Mohamed Azmin akan dicabar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden parti.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa pertembung­an antaranya dan Rafizi akan melemahkan struktur kepimpinan parti.

Mengulas desas-desus mengatakan pemilihan PKR pada kali ini terarah kepada sistem cai atau memilih calon dalam kalangan kelompok pemimpin tertinggi sayap parti, Mohamed Azmin berkata perkara itu hanya persepsi yang sengaja dimainkan pihak tidak berkepenti­ngan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia