Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita maut kereta dipandu bertembung bas ekspres

-

GUA MUSANG: Seorang wanita maut manakala 45 orang lagi selamat dalam kemalangan jalan raya membabitka­n sebuah kereta Proton Persona bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 23 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, berasal dari Taman Murni, Kok Lanas, Kota Bharu manakala 45 orang yang selamat itu membabit 42 penumpang dan dua pemandu bas ekspres, dan seorang penumpang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai manakala kereta dinaiki mangsa dari arah bertentang­an.

Beliau berkata sebaik sampai ke lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa cuba memotong sebuah treler tetapi tidak melepasi menyebabka­n bertembung dengan bas ek- spres itu.

“Pemandu bas ekspres yang menyedari kereta berkenaan memasuki laluannya cuba mengelak tetapi gagal dikawal lalu terbalik ke dalam longkang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Taufik berkata para penumpang bas masingmasi­ng menyelamat­kan diri dengan keluar menerusi pintu kecemasan dan turut mendapat bantuan daripada anggota bomba.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan dalam keadaan keretanya yang separuh remok dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia