Utusan Borneo (Sarawak)

Lima individu ditahan di Muar disyaki terlibat pengedaran dadah

-

MUAR: Lima individu ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata serbuan pertama membabitka­n pasangan suami isteri berumur 39 dan 40 tahun pada 12.30 tengah malam di Bukit Pasir sekali gus merampas dadah disyaki heroin daripada mereka.

“Semasa pemeriksaa­n dilakukan, pegawai dan anggota bertugas menemui dadah seberat 2.3 kilogram tersebut yang dianggarka­n bernilai RM40,000 serta wang tunai berjumlah RM1,840.

Suami didapati positif dadah jenis methamphet­a- mine manakala isterinya pula negatif ujian urin,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Zaharudin berkata menerusi serbuan kedua di sebuah rumah kedai di Jalan Temenggung Ahmad pada jam 2.30 pagi, hari yang sama, pihaknya pula menahan tiga lelaki berumur antara 30 hingga 39 tahun.

Beliau berkata polis merampas syabu seberat 76 gram bernilai RM11,400, sebuah kereta Honda Civic bernilai RM105,000 serta wang tunai berjumlah RM3,600 daripada tiga sekawan itu.

“Salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah, sekali gus memberikan maklumat berkaitan penyimpana­n dadah di belakang sebuah rumah di Bakri,” katanya.

Menurut Zaharudin, dalam serbuan di rumah di Bakri itu pula, pelbagai jenis dadah ditemui dalam dua kereta termasuk pil eramin 5 (1,600 biji), ekstasi (6.23 gram) serta syabu (2.82 gram) yang membabitka­n nilai keseluruha­n RM25,300. — Bernama BALAKONG: MCA mengakui agak sukar bagi mereka merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong yang disandang wakil Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 8 Sept ini.

Pengarah PRK DUN Balakong parti itu, Datin Paduka Chiew Mei Fun, bagaimanap­un berkata PRK ini adalah kali pertama MCA bertanding atas logo sendiri dan disebabkan sejak ditubuhkan parti itu sentiasa bekerjasam­a tanpa mengira kaum, maka ini adalah titik terbaik untuk mereka membuktika­nnya.

“Malah PRK ini juga disifatkan sebagai peringatan kepada semua anggota parti bahawa kita perlu lebih agresif mendekati rakyat,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat MCA Bahagian Bangi, di sini semalam.

Beliau berkata setakat sembilan hari berkempen, hampir 60 peratus kawasan di Balakong telah disantuni jentera parti serta calon MCA, Tan Chee Teong dan mereka akan mempergiat lagi jelajah kempen hingga menjelang hari pengundian.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie daripada PH yang terlibat dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lepas.

Tan, 40, yang juga Anggota Jawatankua­sa MCA Bangi ( sebelum persempada­nan semula MCA Serdang) berhadapan calon PH Wong Siew Ki, 32.

Pada PRU14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia