Utusan Borneo (Sarawak)

Hygrowpot bolehkan penanaman lebih baik di dalam rumah

-

PUTRAJAYA: Menanam bunga dan sayuran mungkin menjadi minat sesetengah orang, namun keinginan itu mungkin terhenti apabila mempunyai ruang kediaman yang terhad.

Hygrowpot Nutrilink, teknik pertanian bandar mampu menjadi solusi terhadap masalah tersebut apabila produk inovasi itu kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tanaman yang tinggal di kawasan hutan batu.

Perunding Petani Kota NZ Resources Mohd Nurarif Zulhemay berkata Hygrowpot Nutrilink merupakan inovasi terkini yang diperkenal­kan keluaran syarikat Joe Jalil DIY Gardening sejak April lalu.

“Hygrowpot ini berbeza dengan teknik hidroponik yang dipopulark­an sebelum ini kerana Hygrowpot mempunyai kombinasi teknik hidroponik dan fertigasi yang lebih baik,” katanya ketika ditemui media pada pameran Festival Floria Diraja 2018 di sini semalam.

“Sistem ini menggunaka­n medium sabut yang diletakkan di pasu dan tanaman akan mendapat bekalan air berterusan daripada bekas air yang dicampur baja,” katanya.

Jelasnya teknik ini mengatasi kelemahan hidroponik yang biasanya terkesan dengan cuaca yang terlalu panas hingga menyebabka­n pokok cepat mati, manakala teknik fertigasi yang dibuat juga mampu menghalang pembaziran penggunaan baja.

Katanya syarikat beliau yang telah bekerjasam­a dengan Joe Jalil menghasilk­an dan memasarkan produk itu melihat Hygrowpot dapat memberi peluang kepada mereka yang baharu berjinakji­nak dengan hobi menanam pokok.

“Kita menjual produk ini dalam pelbagai saiz dan bentuk sesuai dengan keperluan dan kemampuan pembeli,” katanya sambil menambah antara pokok yang sesuai ialah tumbuhan herba, sayuran renek serta pokok bunga yang bersaiz renek.

Mohd Nurarif yang merupakan bekas jurutera syarikat minyak berkata syarikatny­a turut terbabit untuk program penanaman bandar bagi membekalka­n Hygrowpot untuk 14 sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kaedah penanaman Hygrowpot ini secara langsung turut memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan kemahiran pertanian moden terutamany­a bagi mereka yang tinggal di bandar,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatka­n Hygrowpot boleh melawat laman facebook Petani Kota: Natural Zone atau berkunjung ke tapak pameran Petani Kota NZ di Festival Floria Diraja 2018 sehingga 2 September ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH EFEKTIF: Mohd Nurarif menunjukka­n Hygrowpot Nutrilink, produk inovasi terkini syarikat Joe Jalil DIY Gardening yang mempunyai kombinasi teknik hidroponik dan fertigasi yang lebih baik untuk penanaman tumbuhan di kawasan bandar, ketika mengadakan pameran sempena Floria Diraja Putrajaya di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LEBIH EFEKTIF: Mohd Nurarif menunjukka­n Hygrowpot Nutrilink, produk inovasi terkini syarikat Joe Jalil DIY Gardening yang mempunyai kombinasi teknik hidroponik dan fertigasi yang lebih baik untuk penanaman tumbuhan di kawasan bandar, ketika mengadakan pameran sempena Floria Diraja Putrajaya di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia