Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Mohd Salah berikan The Reds kemenangan 1-0 ke atas Brighton di Anfield, Guardiola puas hati dengan skuadnya

-

LONDON, England: Liverpool mengambil kesempatan dari keciciran mata awal oleh Manchester City yang seri 1-1 di Wolves, untuk melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas gol tunggal Mohamed Salah memastikan kemenangan ke atas Brighton di Anfield Sabtu lepas.

Di Stadium Emirates, Arsenal mencipta kemenangan pertama di bawah bimbingan Unai Emery apabila bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan West Ham United 3-1.

Tetapi permulaan cemerlang Everton di bawah kendalian Marco Silva juga berkesudah­an dengan seri selepas mensia-siakan pendahulua­n 2-0 sebelum diikat 2-2 oleh Bournemout­h, dengan menyerang paling mahal kelab, Richarliso­n dibuang padang.

City kelihatan mengekalka­n rentak cemerlang dari musim lepas apabila mencipta kemenangan bergaya ke atas Arsenal dan Hudd e r s f i e l d pada dua

perla-

Kami mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan tetapi ia tidak berhasil dan kami menamatkan permainan dengan 1-1 dan saya tidak mempunyai banyak kekesalan. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

wan a n p e r - t a m a t e t a p i gabungan permainan meyakinkan pendatang baharu liga, Wolves dan beberapa nasib malang City menafikan kemenangan ketiga berturut- turut anak buah Pep Guardiola di Molineux selepas Willy Boly membuka jaringan kontrovers­i dari umpanan Joao Moutinho dengan rakaman insiden menunjukka­n bola terkena tangannya untuk masuk ke pintu gol.

City bangkit mengikat kedudukan dengan gol penyamaan Aymeric Laporte untuk gol pertama beliau bersama City ketika berbaki 21 minit permainan.

Bagaimanap­un, Guardiola menegaskan beliau tidak berasa kesal malah mendakwa ia adalah ‘satu mata yang bagus’ untuk pasukannya.

“Kami mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan tetapi ia tidak berhasil dan kami menamatkan permainan dengan 1-1 dan saya tidak mempunyai banyak kekesalan,” kata Guardiola.

Liverpool jauh dari prestasi terbaik mereka tetapi ia sudah memadai untuk menewaskan Brighton 1 - 0

m e n e r u s i satu detik keajaiban Salah.

Pemain Terbaik Liga Perdana musim l e p a s i t u menyempurn­a hantaran Roberto Firmino untuk gol ked- ua beliau musim ini.

Tetapi Liverpool terpaksa berdepan asakan cemas dengan penjaga golnya, Alisson Becker, beraksi tangkas menepis satu cubaan Pascal Gross dua minit sebelum tamat permainan untuk memastikan Liverpool tanpa bolos untuk perlawanan ketiga berturut-turut.

C i t y memastikan E m e r y m e m u - lakan karier dalam L i g a Perdana dengan k e k a - lahan di Emirates dua minggu lepas dan kemudian tewas 2-3 kepada Chelsea di Stamford Bridge, yang memberikan tekanan awal untuk beliau mengutip mata.

Pasukannya menentang West Ham yang juga senasib dengan mereka selepas tewas dua perlawanan pertama walaupun melabur 1 0 0 j uta pound pada musim

panas dan tekanan ke atas Arsenal dan Emery terus memuncak apabila Marco Arnautovic membuka jaringan buat West Ham. Bagaimanap­un, selepas Nacho Monreal mengikat kedudukan, Arsenal mendapat tuah yang mereka harapkan apabila Issa Diop tertolak satu hantaran lintag Alexandre Lacazette ke pintu golnya sendiri sebelum Danny Welbeck melengkapk­an jaringan untuk Arsenal pada minit kecederaan.

Richarliso­n menjaringk­an tiga gol pada dua perlawanan pertama Everton untuk mengenepik­an keraguan tentang nilai harganya yang tinggi. Tetapi pemain dari Brazil itu akan digantung tiga perlawanan selepas menerima kad merah kerana menghantuk kepalanya ke arah Charlie Daniels dalam separuh masa pertama perlawanan di Bournemout­h.

Walaupun kurang seorang pemain, Everton membuka jaringan menerusi gol Theo Walcott sebelum Bournemout­h juga kurang seorang pemain apabila Adam Smith dilayangka­n kad merah.

Michael Keane menambah jaringan buat Everton tetapi Bournemout­h bangkit bergaya menerusi gol penalti Joshua King dan Nathan Ake.

Pada perlawanan lain, Harry Maguire menjaringk­an gol kemenangan minit ke-92 ketika Leicester City juga bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Southampto­n 2-1.

Huddersfie­ld dan Cardiff menunjukka­n kenapa mereka adalah calon pilihan untuk tersingkir dari Liga Perdana musim ini apabila seri tanpa jaringan. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Manchester City di Stadium Molineux. GOL TUNGGAL: Mohd Salah meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Brighton di Anfield.
— Gambar AFP — Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolves dan Manchester City di Stadium Molineux. GOL TUNGGAL: Mohd Salah meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Brighton di Anfield.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia