Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo masih buntu mencari sebarang jaringan di Serie A Itali

-

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo masih menunggu gol kompetetif pertama beliau di Itali tetapi bintang bola sepak dunia itu memulakan perlawanan di gelanggang sendiri dengan kemenangan 2- 0 bersama Juventus sementara Napoli bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menewaskan AC Milan 3-2 pada aksi Serie A Itali Sabtu lepas.

Ronaldo, 33, memainkan satu peranan dalam gol kedua Mario Mandzukic pada minit ke-75 selepas Miralem Pjanic meletakkan pasukan di hadapan.

Ronaldo menyertai juara Serie A Itali itu dari Real Madrid dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro.

Juventus sekarang menang dua perlawanan pertama mereka musim ini selepas menewaskan Chievo 3-2.

“Bahaya hari ini ialah terlalu gembira dengan kelibat Ronaldo pada perlawanan pertama beliau di Stadium Allianz,” kata jurulatih Massimilia­no Allegri.

“Kami ada hilang rentak sesekali dalam perlawanan tetapi saya gembira dengan prestasi keseluruha­n pasukan dan ia adalah kemenangan pertama kami ke atas kelab besar lain.

“Cristiano baharu bersama kami selama 15 hari, beliau bermain dengan baik ketika membantu pasukan bertahan dan membuktika­n beliau adalah pemain yang bijak.

“Beliau faham di mana bola sepak Itali adalah berbeza dengan di Sepanyol dan beliau juga memahami DNA Juventus.

“Dan semua orang menunggu golnya tetapi saya gembira dengan apa yang beliau lakukan dan bagaimana beliau menyesuaik­an diri dalam kelab kerana beliau seorang yang sangat merendah diri.”

Lazio, di tangga kelima musim lepas – kini mengharung­i permulaan musim terburuk mereka dalam lebih dari satu dekad apabila tewas 1-2 kepada Napoli di tempat sendiri minggu lepas.

“Kami tidak menjangkak­an permulaan seperti ini, kami mahukan jadual (perlawanan) yang berbeza,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, yang menyalahka­n ‘kesilapan mudah’ selepas dua kekalahan.

Lazio menamatkan rekod tanpa kalah Juventus selama dua tahun dalam liga tahun lepas tetapi selain dari cubaan Luis Alberto dalam separuh masa kedua, Lazio tidak kelihatan mampu mengancam Juventus.

Pada perlawanan lain, perlawanan pertama jurulatih baharu Napoli, Carlo Ancelotti di gelanggang sendiri berakhir dengan kemenangan apabila menewaskan bekas kelabnya, AC Milan selepas bangkit dari ketinggala­n 0-2.

Giacomo Bonaventur­a membuka jaringan buat Milan seawal mini tke- 15 sebelum Davide Calabria menambah jaringan empat minit selepas rehat.

Tetapi naib juara liga musim lepas itu enggan mengalah dengan Piotr Zielinski menjaringk­an dua gol sebelum Dries Mertens menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ??  ?? CARI RUANG: Mbappe (tengah) cuba dihalang oleh pemain Angers pada aksi Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris.
CARI RUANG: Mbappe (tengah) cuba dihalang oleh pemain Angers pada aksi Ligue 1 Perancis di Parc des Princes, Paris.
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Juventus meraikan gol jaringan mereka pada aksi perlawanan Serie A Itali menentang Lazio di Stadium Allianz di Turin.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pemain Juventus meraikan gol jaringan mereka pada aksi perlawanan Serie A Itali menentang Lazio di Stadium Allianz di Turin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia