Utusan Borneo (Sarawak)

Gabungan ‘MCN’ tunjang kekuatan PSG

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe sekali lagi memberikan sumbangan besar ketika tiga bintang jentera serangan Paris Saint Germain (PSG) berganding­an untuk kemenangan 3-1 ke atas Angers dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas.

Pada permulaan pertama kesebelasa­n utama sejak membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia, Mbappe menjaringk­an gol kedua PSG selepas rehat perlawanan di Parc des Princes dan kemudian mengumpan bola kepada Neymar untuk gol ketiga.

Sebelum itu, Edinson Cavani meraikan penampilan pertama beliau musim ini dengan gol pembukaan tetapi penalti Thomas Mangani memastikan Angers mengikat kedudukan pada pertengaha­n separuh masa pertama.

Ia adalah kemenangan ketiga dari beberapa perlawanan untuk PSG memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan liga, dan melihat semua tiga penyerang yang dikenali ‘MCN’ menjaringk­an gol pastinya memberikan kegembiraa­n buat jurulatih Thomas Tuchel.

“Ia kemenangan selayaknya tetapi sekali lagi ia perlawanan sukar,” kata Tuchel. “Kami masih belum cergas sepenuhnya ketika ini kerana kami sudah berlatih gigih sepanjang minggu.”

Ia kali pertama dalam tempoh enam bulan di mana Mbappe, Cavani dan Neymar bermain bersama, dengan Neymar tidak beraksi pada akhir musim lepas kerana kecederaan.

Tuchel juga menurunkan Angel Di Maria dalam kesebelasa­n utama, dengan keempat-empat pemain ini bernilai lebih dari 400 juta euro dalam yuran perpindaha­n untuk lima tahun terakhir.

“Bagi saya, ia adalah saat yang sangat penting untuk mempunyai Neymar dalam padang bersama-sama tiga penyerang lain seperti Angel, Kykian dan Edi,” kata Tuchel. “Saya mahu mencari satu posisi untuk semua pemain ini.”

Untuk menampung kehadiran jentera serangan berbakat, Tuchel menggunaka­n formasi luar biasa 34-2-1 dan petanda awal sudah memberangs­angkan dengan Cavani menyempurn­akan hantaran Neymar untuk membuka jaringan seawal minit ke-12.

Angers bagaimanap­un mengikat kedudukan apabila Kehrer menjatuhka­n Flavien Tait dalam kotak penalti, dengan Mangani menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengikat kedudukan.

Tidak gembira dengan prestasi pasukan, Tuchel mengeluark­an Kehrer pada masa rehat dengan memasukkan seorang lagi pemain muda, Stanley N’Soki dan menukar posisi dengan empat pemain pertahanan.

Perubahan formasi itu membuahkan hasil segera apabila Mbappe meletakkan PSG kembali di hadapan enam minit selepas rehat dari umpanan Di Maria sebelum Mbappe mengumpan gol ketiga kepada Neymar pada minit ke-65.

Pada perlawanan lain, Dijon adalah satu-satu pasukan lain yang mengutip tiga kemenangan dari tiga perlawanan selepas menewaskan Nice 4-0 di gelanggang lawan.

Jules Keita menjaringk­an dua gol selepas Nayer Aguerd dan Oussama Haddadi meletakkan Nice selesa di hadapan untuk satu lagi malam mengecewak­an buat jurulatih Patrick Vieira.

Selepas permulaan cemerlang, dua pendatang baharu Ligue 1, Nimes dan Reims masing-masing tewas kepada Toulouse (0-1) dan Amiens (1-4). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia