Utusan Borneo (Sarawak)

Al Jufferi ketuai cabaran tiga pesilat negara ke final

-

JAKARTA: Tiga pesilat putra negara diketuai jaguh dunia, Mohd Al Jufferi Jamari mengesahka­n tempat dalam perlawanan akhir acara pencak silat pada Sukan Asia 2018 Jakarta- Palembang yang memasuki saingan hari keempat di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah di sini semalam.

Mohd Al Jufferi yang beraksi dalam Kelas E (65kg70kg) melangkah ke final tanpa perlu bertempur selepas lawannya di peringkat separuh akhir, Zholdoshbe­k Akimkanov dari Kyrgyzstan menarik diri sekali gus memberikan kemenangan percuma kepada beliau.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Muhammad Fai- zul M Nasir pula menampilka­n aksi cemerlang dalam saingan Kelas B (50kg-55kg) untuk meraih kemenangan 5-0 ke atas pesilat Filipina Dines Dumaan.

Terdahulu, seorang lagi pesilat negara Mohd Fauzi Khalid melangkah ke final selepas mengharung­i aksi penuh dramatik sebelum berjaya menumbangk­an pesilat tuan rumah, Amri Rusdana dengan kemenangan tipis 3-2.

Pada aksi final yang dijadual berlangsun­g esok, Al Jufferi serta Muhammad Faizul masing-masing akan berdepan pesilat tuan rumah Komang Harik Adi Putra dan Abdul Malik sementara Mohd Fauzi akan dicabar jaguh Vietnam, Dinh Nam Tran.

Dalam pada itu, tiga lagi pesilat negara berpeluang melangkah ke aksi akhir apabila turun bertanding pada peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsun­g pada sebelah petang semalam.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAWA CABARAN: Tiga atlet silat negara akan membawa cabaran negara setelah masing-masing layak ke final acara pencak silat.
— Gambar Bernama BAWA CABARAN: Tiga atlet silat negara akan membawa cabaran negara setelah masing-masing layak ke final acara pencak silat.
 ??  ?? ABDUL AZIM
ABDUL AZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia