Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Malaysia baharu bermula panas Mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas acara berpotensi Sukan Asia Jakarta-Palembang

-

PALEMBANG: Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.

Beliau berkata tuaian pingat negara dijangka hadir menerusi sukan-sukan seperti berbasikal trek, pelayaran dan karate, juga emas kedua negara menerusi skuasy apabila kedua-dua wakil negara, Datuk Nicol David dan S. Sivasangar­i mara ke final acara perseorang­an wanita.

“Ini baharu masuk sukansukan yang ada potensi pingat emas untuk kita. Kita punya atlet- atlet Kategori A dan Program Podium baru memulakan perjuangan mereka, kita yakin mereka akan dapat memberikan sumbangan kepada pungutan pingat.

“Boling berjaya menyumbang sebutir emas dan dua perak dan kita masih harapkan satu lagi pingat menerusi acara Masters wanita hari ini. Sebelum ini memang ada sukan seperti bola baling dan kabaddi, yang berada dalam Kategori B, kita tidak harapkan pingat, tetapi jika dapat kira bonus,” katanya.

Beliau ditemui media Malaysia ketika hadir menyaksika­n acara boling berpasukan lelaki di Pusat Boling Jakabaring di sini.

Terdahulu, Nicol mara ke pusingan akhir selepas membenam K. Dipika Pallikal dari India 11-7, 11-9, 11-6 manakala Sivasangar­i, 19, mencipta satu lagi kejutan apabila mengatasi pemain nombor 16 dunia, Joshna Chinappa juga dari India 12-10, 11-6, 9-11 dan 11-7 di Jakarta.

Abdul Azim turut agak kecewa beberapa persatuan sukan yang sebelum ini menjanjika­n pingat, tetapi gagal membawa pulang sebarang pingat seperti sukan menembak dan wushu.

Sementara itu, Timbalan CDM (Palembang), Datuk Dr SS Cheema yakin kontinjen negara kluster Palembang mampu menghadiah­kan sekurang- kurangnya dua kilauan pingat menerusi acara Masters wanita (boling) dan acara antara regu sepak takraw.

“Buat masa ini kita gembira dengan apa yang dicapai di sini dan ada harapan lagi. Acara Masters wanita ada peluang kerana pemain kita menduduki tempat pertama ( Syaidatul Afifah Badrul Hamidi) dan keempat (Nata- sha Roslan) secara keseluruha­n buat masa ini.

Saya gembira Jakarta pun sudah mula melihat kilauan pingat sekarang...ia merupakan motivasi yang besar kepada kontinjen kita,” katanya.

Malaysia setakat ini mengumpul satu pingat emas, empat perak dan dua gangsa pada hari ketujuh temasya Sukan Asia, semalam. — Bernama

Ini baharu masuk sukan-sukan yang ada potensi pingat emas untuk kita. Kita punya atlet-atlet Kategori A dan Program Podium baru memulakan perjuangan mereka, kita yakin mereka akan dapat memberikan sumbangan kepada pungutan pingat. Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi Ketua Kontinjen Negara Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia