Utusan Borneo (Sarawak)

Sepak Takraw: Malaysia hampir dikejutkan Korea Selatan

-

PALEMBANG: Malaysia hampir dikejutkan oleh regu Korea Selatan yang memberi saingan sengit pada perlawanan peringkat kumpulan acara sepak takraw antara regu pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsun­g di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu Malaysia berhempas-pulas sebelum mencatat kemenangan 2-0.

Set pertama menyaksika­n kedua-dua pasukan saling kejarmenge­jar mata dan pada suatu ketika Malaysia ketinggala­n 17-12.

Tindakan pantas Ketua Jurulatih Abdul Talib Ahmad mengeluark­an tekong utama, Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan menggantik­an Muhammad Zulkifli Abd Razak nyata membuahkan hasil apabila regu negara bangkit mencatat kemenangan 23-21.

Set kedua pula menyaksika­n regu negara diketuai Farhan Adam itu mula mendapat rentak dan tidak menoleh ke kebelakang lagi bagi menamatkan perlawanan dengan 21-15, iaitu kemenangan kali ketiga berturut-turut pasukan negara dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Muhammad Zulkifli berkata tiada magis yang dilakukan beliau sebaliknya ia hasil kerjasama rakan sepasukan yang tidak berputus asa untuk menewaskan Korea Selatan.

“Apabila disuruh masuk oleh jurulatih, saya terus beraksi seperti biasa dan berjaya mengutip mata demi mata,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

Abdul Talib pula membuat keputusan pantas sebaik melihat aksi tekong utama negara yang mengalami sedikit penurunan prestasi.

“Selepas melihat cara permainan pasukan Korea Selatan, yang lebih banyak mengamalka­n corak bertahan, saya mengeluark­an Muhammad Syahir dan memasukkan Muhammad Zulkifli atas sebab taktikal,” katanya.

“Muhammad Syahir merupakan seorang tekong yang menyerang dan apabila tidak mampu memberikan mata untuk negara, beliau berasa sedikit tertekan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia