Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola baling sedia memberi cabaran sengit

-

KUCHING: Skuad bola baling Sarawak dijangka menjadi pesaing hebat kepada kontinjen negeri lain dalam acara baharu yang diperkenal­kan pada temasya Sukan Malaysia ke- 19 ( SUKMA XIX) Perak.

Sarawak mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan wanita, di mana acara disertai semua 12 kontinjen negeri dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada 15 hingga 20 September depan.

Walaupun acara bola baling hanya menawarkan dua pingat emas pada SUKMA XIX Perak namun persaingan di antara kontinjen mengambil bahagian dijangka sengit.

Sebagai persediaan menghadapi SUKMA 2018 Perak, skuad bola baling Sarawak menyertai beberapa kejohanan pendedahan seperti Kejohanan Terbuka Bola Baling Sarawak 2018, Kejohanan Terbuka Bola Baling Selangor 2018 dan Kejohanan Terbuka Bola Baling Perlis 2018.

Pada Mac lalu, skuad Sarawak turut menyertai Kejohanan Bola Baling Piala Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg 2018 Ke-13 dan Piala Dr Abdul Rahman Junaidi yang berlangsun­g di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini.

Atlet- atlet bola baling Sarawak juga semakin meningkat dan dibuktikan dengan pencapaian skuad senior lelaki telah menggondol pingat perak dan skuad pelapis memenangi gangsa pada Kejohanan Terbuka Bola Baling Sabah pada tahun lalu.

Skuad lelaki Sarawak menyenarai­kan Alan Lai, Engan Sing Pivot, Lucy, Larry Agan Runguh, Meliw Puchau, Syahmi Mohd Saiful, Fathurrahm­an Hasfa, Barau Mikal, Platner Usak Liban, Reinhold Rabang Lagang, Reuben Yusuf, Rick Lihan Raymong, Sylvester Sawing dan Nguong Jin.

Manakala skuad wanita diwakili oleh Agnes Uyang, Tie Xiang Ying, Bibiana Lulo Dustan, Cynthia Angkui, Dayang Fitri Izzati Abdul Aziz, Jenny Meni Hawing, Jessi Sudin Ningkan, Margaret Luhong Ding, Michella Paren, Nurasfarin­a Ibrahim, Paula Gawang, Sonia Lawrence, Sophia Rapi, Suriana Yamlimut dan Syrranatas­a Lufi Morin.

Penolong Chef-de-Mission (ACDM) sukan bola baling ialah ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi manakala pengurus skuad lelaki, Spencer Juvenile Aton dan pengurus skuad wanita, Noor Maisarah Mamat.

Jurulatih skuad lelaki ialah Jee Khing Chung dan jurulatih skuad wanita, Hoo Boon Teck.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia