Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Air Kpg Sungai Kut Muara Dalat dihidupkan semula

-

MUKAH: Sukan Air Kampung Sungai Kut Muara Dalat dihidupkan semula setelah kali terakhir diadakan pada 1963.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata aktiviti itu dapat dilihat sebagai salah satu potensi bagi pembanguna­n ekonomi setempat.

“Penghidupa­n semula pesta sukan air ini bakal memberi impak positif serta memperting­kat peluang ekonomi untuk kita,” katanya pada Majlis Penutupan Sukan Air Kampung Sungai Kut Muara Dalat semalam.

Selain menjadi landasan perniagaan serta tarikan warga tempatan, sukan air itu juga bakal menarik pelancong luar terutamany­a mempunyai minat terhadap sukan air bermotor kuasa tinggi.

Antaranya adalah perniagaan ‘homestay’ mungkin boleh dipertimba­ngkan oleh pengusaha di situ di samping perniagaan lain.

“Setiap orang harus memikirkan bagaimana mahu rebut peluang keemasan seperti ini,” jelasnya.

Selain itu, prasarana serta keperluan pembanguna­n di kawasan sukan air juga bakal ditambah baik dari semasa ke semasa.

Antaranya pembinaan tempat penonton, kemudahan tandas, parkir serta benteng yang bakal dilaksanak­an.

Fatimah turut berpesan warga tempatan menjaga kebersihan sungai demi memastikan pesta air seperti itu dapat berjalan dengan lancar.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh serta Ketua Masyarakat Mukah, Temenggung Hendi Suhai.

 ??  ?? HIDUP SEMULA: Keadaan Kampung Sungai Kut Muara Dalat sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan air dijalankan dua hari.
HIDUP SEMULA: Keadaan Kampung Sungai Kut Muara Dalat sibuk dengan pelbagai aktiviti sukan air dijalankan dua hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia