Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan ‘Crazy Rich Asians’ cetus rancangan untuk sebuah sekuel

- Oleh Lisa Richwine

STUDIO filem Warner Bros. sedang pada peringkat awal untuk membuat sebuah filem sekuel kepada komedi romantikny­a yang bersejarah ‘Crazy Rich Asians’, kata sumber yang tahu mengenai perkara itu pada minggu lepas.

Ia tidak jelas bila filem sekuel itu akan ditayangka­n di pawagam. Skrip belum lagi ditulis dan kontrak belum lagi ditandatan­gani dengan penulis lakon layar bagi filem itu, kata sumber itu.

Jon M. Chu merancang untuk kembali dan mengarah filem baharu itu nanti, pegawai publisitin­ya mengesahka­n.

Namun dia terlebih dahulu dijadual untuk mengarahka­n sebuah filem adaptasi bagi pementasan muzikal LinManuel Miranda ‘In the Heights’, yang dijadual dikeluarka­n pada Jun 2020.

The Hollywood Reporter mula-mula melaporkan rancangan bagi sebuah sekuel. Penerbitan dagangan itu berkata filem seterusnya berdasarka­n buku kedua penulis Kevin Kwan dalam satu trilogi, ‘China Rich Girlfriend’.

‘Crazy Rich Asians’ menandakan satu pencapaian penting sebagai filem pertama dari sebuah studio besar di Hollywood dalam tempoh 25 tahun yang memaparkan barisan pelakon yang semuanya berbangsa etnik Asia.

Ia dibintangi Constance Wu, Michelle Yeoh, Awkwafina dan pendatang baharu Henry Golding.

Pada hujung minggu pertamanya, filem itu memecah ‘box office’ di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dengan jualan tiket bernilai AS$26.5 juta dari Jumaat hingga Ahad, dan jualan telah mencecah AS$44 juta sehingga Selasa.

Filem itu kini sudah mula ditayangka­n di pawagam seluruh dunia.

Dalam filem itu, Wu berlakon sebagai seorang profesor ekonomi dari New York yang terbang ke Singapura untuk berjumpa dengan keluarga teman lelakinya tetapi mendapati ia merupakan antara keluarga paling kaya di negara itu.

Barisan pelakon diambil dari Taiwan, Britain, China, Malaysia, Filipina, AS dan Australia, selain Singapura.

Barisan pelakon utama juga dijangka akan kembali untuk filem sekuel, kata The Hollywood Reporter.

Filem baharu juga akan menceritak­an kisah Astrid, sepupu watak Golding, bersama seorang lelaki bernama Charlie lakonan pelakon ‘Glee’ Harry Shum Jr, kata Chu kepada penerbitan dagangan itu.

Watak pisau cukur dalam ‘Crazy Rich Asians’, Kitty Pong, lakonan Fiona Xie, juga akan me- mainkan peranan yang lebih besar, kata Chu.

“Kami perlu mengambil seseorang yang benarbenar dapat berlakon, kerana lama-kelamaan dia menjadi jauh lebih signifikan,” katanya.

Rancangan bagi sekuel itu muncul ketika kementeria­n pertahanan Singapura berkata penulis Kwan, juga seorang penerbit eksekutif bagi filem ‘Crazy Rich Asians’, dikehendak­i kerana gagal menunaikan tugas untuk menyertai khidmat tentera wajib. Kwan tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n kenyataan.

Warner Bros. merupakan sebuah unit AT&T Inc.

— Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? AKAN KEMBALI?: Barisan pelakon ‘Crazy Rich Asians ‘ (dari kiri) Ken Jeong, Jon M. Chu, Jimmy O. Yang, Sonoya Mizuno, Gemma Chan, Michelle Yeoh, Henry Golding, Awkwafina, Constance Wu, Chris Pang, Nico Santos, Ronny Chieng, dan penulis Kevin Kawn tiba di tayangan perdana filem Warner Bros. Pictures itu di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California pada 7 Ogos lepas.
— Gambar AFP AKAN KEMBALI?: Barisan pelakon ‘Crazy Rich Asians ‘ (dari kiri) Ken Jeong, Jon M. Chu, Jimmy O. Yang, Sonoya Mizuno, Gemma Chan, Michelle Yeoh, Henry Golding, Awkwafina, Constance Wu, Chris Pang, Nico Santos, Ronny Chieng, dan penulis Kevin Kawn tiba di tayangan perdana filem Warner Bros. Pictures itu di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California pada 7 Ogos lepas.
 ??  ??
 ??  ?? HENRY GOLDING
HENRY GOLDING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia