Utusan Borneo (Sarawak)

Didi Chuxing hentikan khidmat tumpangan kereta selepas pembunuhan

-

BEIJING: Syarikat gergasi bagi ‘ ride- hailing’ China, Didi Chuxing menyatakan semalam ia akan menghentik­an perkhidmat­an tumpangan keretanya selepas kejadian merogol dan membunuh seorang penumpang, pembunuhan kedua seumpamany­a pada tahun ini.

Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai seorang pemandu di bandar timur Wenzhou kerana disyaki merogol dan membunuh seorang penumpang wanita yang menggunaka­n aplikasi tersebut untuk mendapatka­n satu tumpangan kereta.

Pihak syarikat menyatakan ia akan menghentik­an Didi Hitch, satu perkhidmat­an yang membenarka­n penumpang menaiki dalam arah yang sama untuk berkongsi kos perjalanan, bermula tengah malam hari Isnin.

Pengumuman muncul sehari selepas pihak syarikat mengakui ia menanggung “tanggungja­wab” bagi jenayah tersebut, gagal untuk bertindak terhadap satu aduan mengenai pemandu yang sama daripada penumpang lain, yang mendakwa dia telah membawa beliau ke sebuah kawasan terpencil dan mengekori beliau dengan kenderaann­ya selepas wanita itu meninggalk­an kereta.

“Insiden menunjukka­n banyak kelemahan dalam proses khidmat pelanggan kami, terutama kegagalan untuk bertindak dengan pantas terhadap aduan penumpang sebelum itu dan proses yag berat dan tegar bagi perkongsia­n maklumat dengan pihak polis,” menurut pihak Didi dalam satu kenyataan semalam.

“Ini adalah satu nilai yang terlalu tinggi untuk diba- yar.”

Pembunuhan tersebut telah menimbulka­n kritikan baharu terhadap syarikat yang megeluarka­n Uber dari pasaran berikutan satu perebutan sengit ketika para pengguna yang berang menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n bagi perkhidmat­an tersebut.

“Disebabkan syarikat tidak dapat menjaga diriya sendiri, sila keluar dari pasaran,” tulis seorang pengguna di dalam Weibo yang menyerupai Twitter.

Didi menyatakan ia turut memecat ketua bagi Didi Hitch dan timbalan presiden bagi khidmat pelanggan.

Pada Mei, seorang pramugari berusia 21 tahun telah dibunuh oleh seorang pemandu Didi Chuxing, mencetuska­n kritikan terhadap langkah keselamata­n syarikat dan memperketa­tkan peraturan penggunaan­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia