Utusan Borneo (Sarawak)

16 maut dalam kemalangan bas di Bulgaria

-

SOFIA: Seramai 16 orang telah meninggal dunia selepas sebuah bas pelancong terbabas di sepanjang jalan raya yang bengkang-bengkok di barat Bulgaria kelmarin, menurut menteri dalam negeri Alentin Radev, selepas bergegas ke tempat kejadian kemalangan tersebut.

“Tiga belas telah terkorban di tempat kejadian dan tiga lagi meninggal dunia akibat keced- eraan yang mereka alami,” menurut Radev selepas tiba di tempat kejadian bagi nahas maut di 57 kilometer utara bandar utama Sofia.

Seramai 26 orang turut tercedera dalam kemalangan itu, tiga daripada mereka dalam keadaan serius.

Bas, yang membawa pelancong Bulgaria selepas satu lawatan ke sebuah biara, terbabas dari jalan raya dalam keadaan hujan lebat dan terjatuh ke dalam sebuah gaung sungai di bawah.

Dalam kejadian itu ia telah melanggar empat kereta namun para penumpang di dalam kenderaan ini tidak mengalami kecederaan, menurut pihak polis.

Bas pelancong itu, dikeluarka­n pada tahun 2001, telah membawa 33 anggota sebuah kelas persaraan, menurut pegawai pengangkut­an.

Bulgaria merupakan negara paling miskin di dalam Kesatuan Eropah. Sebahagian dari rangkaian jalan rayanya telah tidak diselengga­rakan dengan baik dan kebanyakan dari kenderaan adalah agak usang.

Terdapat kira-kira seribu mangsa kemalangan jalan raya pada setiap tahun di seluruh negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia