Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan penyokong pembangkan­g Mali bantah keputusan pilihan raya

Calon pembangkan­g kecam pilihan raya 12 Ogos yang dicemari penipuan

-

BAMAKO: Ribuan penyokong kepada calon pilihan raya pembangkan­g yang kalah di Mali telah berkumpul di jalan raya di Bamako kelmarin bagi membantah keputusan undi, menurut pihak penganjur.

Para penunjuk perasaan melambaika­n kain rentang dengan slogan berbunyi “Tidak kepada keputusan yang diumumkan” dan “IBK ( Ibrahim Boubacar Keita) tidak akan mencuri kemenangan kami”.

Calon pembangkan­g dan bekas menteri Soumaila Cisse, 68, telah mengecam pilihan raya pada 12 Ogos yang memberikan satu penggal kedua kepada lawannya Keita sebagai dicemari dengan penipuan.

Cisse mengumpul 32.84 peratus undian berdasarka­n kepada kiraan rasmi, berbanding dengan 67.16 peratus dari lawannya Keita.

“Kami inginkan sebuah negara yang aman, sentosa, stabil namun bukannya sebuah negara di mana presiden telah dilantik secara penipuan, undi rosak dan pemalsuan keputusan,” Cisse menyatakan semasa perarakan di Bamako, yang pada mulanya diharamkan namun kemudian diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Tunjuk perasaan, yang telah diiringi dengan pihak polis dan diadakan tanpa sebarang insiden, bermula dengan kira-kira 5,000 orang dan berkembang kepada “kira- kira 50,000 orang”, menurut jurucakap Cisse, Djiguiba Keita.

Bagaimanap­un, seorang sumber polis Mali, menyatakan bantahan tersebut telah mengumpulk­an “beberapa ribu orang”.

Di bandar tengah Nioro beberapa ratus orang turut berkumpul di jalan raya dalam bantahan, menurut pihak penganjur.

“Nioro akan kekal berfungsi bagi perjuangan demokratik ini. Kami tidak akan meny- erah kalah kerana sekiranya situasi ini berterusan seperti ini tiada orang akan pernah memenangi satu pilihan raya menentang IBK dan klannya,” menurut Abdoulaye Diallo, seorang penyokong Cisse dan penganjur perarakan di Nioro.

Keita, 73, yang akan memulakan penggal kedua selama lima tahun pada 4 September, telah menyeru kepada Cisse agar menerima keputusan.

Pembantu Cisse menyatakan lebih banyk lagi akan diadakan di bahagian lain di Mali dan juga di luar negara.

Beratus-ratus penyokong Cisse telah berkumpul sejak beberapa hari lepas bagi membantah keputusan berkenaan.

Namun Mahkamah Perlembaga­an menolak satu petisyen daripada Cisse terhadap keputusan itu sebagai tidak dapat diterima atau tanpa sokongan dengan bukti.

“Institusi ini telah menimbulka­n kesangsian terhadap dirinya sendiri sebagai tahanan sukarela bagi rejim autokratik,” menurut Cisse pada Khamis lepas, merujuk kepada mahkamah.

Misi tinjauan dihantar oleh pihak Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika (AU) telah menyatakan pilihan raya sebagai dilakukan dengan agak baik. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BANTAH: Para penyokong pembangkan­g Mali Soumaila Cisse membawa kain rentang yang bertulis ‘Tidak menyokong penipuan pemerintah­an diktator’ baru-baru ini.
— Gambar AFP BANTAH: Para penyokong pembangkan­g Mali Soumaila Cisse membawa kain rentang yang bertulis ‘Tidak menyokong penipuan pemerintah­an diktator’ baru-baru ini.
 ??  ?? CISSE
CISSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia