Utusan Borneo (Sarawak)

Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam serangan bom di timur Afghanista­n

-

JALALABAD: Satu serangan bom nekad telah membunuh sekurang- kurangnya dua orang kelmarin di bahagian timur Afghan di bandar Jalalabad, menurut pihak berkuasa, keganasan terbaharu melanda negara diancam peperangan ini.

Pengeboman diakui oleh kumpulan Islamic State selepas apa yang telah menjadi satu bulan penuh berdarah dengan pihak Taliban memperting­katkan serangan terhadap pasukan keselamata­n di seberang negara dan IS menyasarka­n bandar utama Kabul, dengan beratus-ratus terkorban berdasarka­n kepada anggaran.

Serangan yang kelihatan sebagai menyasarka­n sebuah kem bantahan di luar sebuah pejabat suruhanjay­a pilihan raya di mana sekumpulan orang telah berkumpul sebagai menyokong seorang calon yang ditolak dari pilihan raya parlimen dijangka pada Oktober depan.

Jalalabad merupakan bandar utama bagi wilayah Nangarhar, kubu kuat utama IS di Afghanista­n.

Letupan “telah membunuh dua orang, dan empat lagi telah tercedera”, jurucakap gabenor wilayah Attaullah Khogyani memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa ia telah dilakukan oleh seorang penyerang nekad.

Pengarah kesihatan wilayah Najib Kamawal telah mengesahka­n bagi dua kematian.

Seorang saksi yang melihat kepada susulan berdarah bagi serangan menyatakan seorang pengebom nekad telah meletupkan bom berhampira­n sebuah khemah yang penuh dengan penunjuk perasaan di luar pejabat, dan pasukan keselamata­n telah mengepung kawasan tersebut.

“Ia adalah satu letupan yang sangat besar dan ia telah menggegark­an rumah kami,” menurut saksi Mirza Amin, yang menambah bahawa beliau tinggal 50 meter dari kawasan letupan.

Pada awal bulan ini, Jawatankua­sa Aduan Pilihan Raya Bebas di Afghanista­n telah menolak pencalonan 35 calon dari bertanding dalam pilihan raya parlimen akan datang kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan kumpulan bersenjata haram.

Bantahan di Jalalabad adalah terhadap penolakan calon Javed Zaman Ghamsharik, yang telah dilarang kerana memiliki senjata haram dan bagi hubungan dengan urus niaga tanah haram.

Letupan muncul hampir seminggu selepas Presiden Ashraf Ghani menawarkan satu gencatan senjata bersyarat selama tiga bulan kepada Taliban, satu tindakan yang disambut baik oleh Amerika Syarikat dan NATI selepas [peperangan selama hampir 17 tahun).

Pihak Taliban masih belum memberikan respons rasmi terhadap tawaran.

Peningkata­n bagi keganasan pada bulan ini muncul selepas pihak Afghan menyambut satu gencatan senjata seluruh negara yang tidak dijangkaka­n di antara pihak Taliban dan tentera kerajaan pada Jun, memberikan sedikit kelegaan kepada orang awam yang penat dengan peperangan.

Selama tiga hari, ribuan pengganas telah memasuki bandar-bandar di sekitar

Afghanista­n, memakan aiskrim dan mengambil swa- foto sambutan bersama dengan pasukan tentera.

Keadaan itu memberikan harapan bagi satu laluan baharu yang dibuka untuk rundingan damai di negara selepas peperangan selama hampir 17 tahun.

Taliban telah lama menegaskan bagi rundingan secara langsung dengan Washington dan menolak untuk berunding dengan kerajaan Afghan, yang mereka lihat sebagai tidak sah.

Pada awal minggu ini, Jeneral John Nicholson komander kanan bagi pasukan tentera AS dan NATO Afghanista­n menyatakan bahawa pihakpihak yang berperang sekarang mempunyai satu peluang “tidak dirancangk­an” bagi kedamaian, memetik kepada gencatan senjata Jun sebagai satu langkah ke depan.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan, bahawa mana-mana rundingan damai harus sepenuhnya sebagai “diketuai oleh Afghan, dimiliki oleh Afghan”. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Mangsa menerima rawatan di hospital berikutan serangan bom nekad di Jalalabad kelmarin.
— Gambar AFP CEDERA: Mangsa menerima rawatan di hospital berikutan serangan bom nekad di Jalalabad kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia