Utusan Borneo (Sarawak)

Pope Francis temui mangsa penderaan Ireland, kesal kegagalan gereja tangani masalah

-

DUBLIN: Kelmarin Pope Francis telah bertemu dengan lapan mangsa penderaan Ireland selepas menyuaraka­n “kesakitan dan rasa malu” bagi “kegagalan” pihak berkuasa Gereja Katolik untuk menangani tindakan penderaan tersebut, menurut pihak Vatican.

“Pope Francis telah menemui mangsa berkenaan pada awal petang kelmarin selama sejam 30 minit dengan lapan mangsa terselamat akibat penderaan berkaitan dengan paderi, keagamaan dan institusi,” jurucakap Vatican Greg Burke menyatakan dalam satu kenyataan.

Lapan mangsa tersebut termasuk seorang mangsa kepada paderi Katolik Tony Walsh, yang telah mendera beratus-ratus kanak-kanak sepanjang satu tempoh selama hampir dua dekad sebelum dia akhirnya dipecat dari kumpulan paderi-paderi dan dipenjarak­an.

Burke menyatakan mangsa “lebih suka tidak dikenali.”

Marie Collins, yang telah didera oleh seorang paderi ketika beliau menerima rawatan di hospital pada usia 13 tahun, juga merupakan di antara lapan mangsa.

Pada tahun lepas Collins telah meletakkan jawatan dari sebuah jawatankua­sa Vatican bagi perlindung­an kanakkanak yang ditubuhkan oleh paus atas kegagalann­ya untuk mengambil tindakan.

Mereka yang lain hadir semasa mesyuarat dengan ketua paderi tersebut termasuk Fr Patrick McCafferty, yang megalami penderaan ketika menjalani latihan bagi jawatan paderi pada tahun 1980-an, dan kaunselor bandar Dublin Damian O’Farrell, yang telah didera pada usia 12 tahun, lapor media Ireland.

Seorang lagi di antara lapan orang itu yang telah menemui ketua paderi Argetina itu adalah Paul Jude Redmond, yang mana ibunya adalah salah seorang daripada ribuan wanita Ireland yang “jatuh” yang telah dikurung dalam institusi yang dijalankan oleh pihak Katolik bagi wanita yang telah mengandung dan tidak berkahwin.

Ketika beliau dilahirkan, Redmond telah diserahkan bagi pengambila­n anak angkat – sijil kelahirann­ya telah dipalsukan dan ibu bapa angkatnya telah dinamakan sebagai ibu bapa kandungnya, menurut satu kenyataan dalam Sunday Times. — AFP

 ?? —Gambar AFP ?? JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Pope Francis melambai tangan ketika beliau memasuki kapal terbang untuk perjalanan pastoral dua hari ke Ireland kelmarin dari lapangan terbang Fiumicino.
—Gambar AFP JALANKAN TANGGUNGJA­WAB: Pope Francis melambai tangan ketika beliau memasuki kapal terbang untuk perjalanan pastoral dua hari ke Ireland kelmarin dari lapangan terbang Fiumicino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia